Mohon tunggu...
PUTRI ALVIANI
PUTRI ALVIANI Mohon Tunggu... Mahasiswa - Mahasiswa Semi Aktif

"kejarlah mimpi walaupun mimpi tak mau mengejarmu"

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

Implementasi Perniagaan dalam Al-Qur'an serta Matematika

10 Mei 2022   14:52 Diperbarui: 10 Mei 2022   14:57 324
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Ilmu Sosbud dan Agama. Sumber ilustrasi: PEXELS

  • Penjaja bergerak

  • Pegerai, dan sebagainya.
  • Perniagaan Perkongsian

    Perniagaan Perkongsian ditubuhkan apabila modal digabungkan dan berlaku kerjasama antara sekurang-kurangnya dua rakan kongsi. Dalam usaha niaga seperti ini, semua rakan kongsi adalah pemilik bersama yang akan berkongsi segala agihan keuntungan atau risiko. Sehubungan dengan itu, dalam penubuhan sesebuah perkongsian terdapat beberapa ciri yang perlu diambil tahu yang merupakan tiang kepada penubuhan sesebuah perkongsian.

    Perjanjian perkongsian

    Kewujudan sesebuah perkongsian itu adalah hasil daripada beberapa perjanjian yang dibuat. Perjanjian perkongsian adalah perlu bagi sesebuah perkongsian mengurus tadbir perjalanan sesebuah perkongsian. Perjanjian perkongsian juga merupakan ikatan perkongsian untuk memulakan perkongsian. Dalam ikatan perkongsian ini telah ditetapkan beberapa perkara seperti hak setiap pekongsi, kewajipan dan tanggungjawab setiap pekongsi.

    Perjanjian perkongsian mempunyai tujuannya yang tertentu iaitu untuk mengelakkan daripada salah faham yang mungkin timbul antara pekongsi pada masa hadapan dan memastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa butiran yang terkandung dalam perjanjian perkongsian. Antaranya ialah nama perkongsian, lokasi perniagaan, jumlah serta nama pekongsi, kegiatan perniagaan yang dijalankan, tempat rekod perakaunan disimpan, pentadbiran atau pengagihan kuasa dalam perkongsian, penentuan kadar agihan untung atau rugi, peruntukan dan had ambilan bagi pekongsi dan kadar faedah yang dikenakan, jumlah sumbangan modal setiap pekongsi, peruntukan kadar faedah atas modal, gaji bagi pekongsi yang terlibat urusan harian perniagaan, harta perkongsian, polisi perakaunan yang diikuti, jangka hayat perakaunan, bidang kuasa pekongsi, gaji, bonus dan elaun pekongsi. Di samping itu juga terdapat perkongsian tanpa perjanjian di mana urus tadbir sesuatu perkongsian dibuat berdasarkan Seksyen 26 Akta Pekongsian 1961. Huraian mengenai Subsekyen 26 Akta Perkongsian menerangkan bahawa pekongsi berkongsi secara sama-rata ke atas keuntungan atau kerugian perkongsian, setiap pekongsi berhak menerima faedah 8% setahun ke atas pendahuluan iaitu pinjamanan yang diberikan kepada perniagaan perkongsian dan pekongsi berhak mendapat faedah atas modal hanya setelah keuntungan ditentukan. Di samping itu juga, setiap pekongsi berhak mengurus perniagaan. Akan tetapi tiada gaji diberi walaupun pekongsi terlibat secara urusan harian perniagaan. Seorang pekongsi juga tidak diiktiraf tanpa persetujuan semua pekongsi. Dalam huraian ini juga tertulis keputusan majoriti diterima sekiranya wujud perbalahan berkenaan dengan perniagaan tetapi jika perkongsian ingin mengubah

    aktiviti perniagaan, keputusan sebulat suara (100%) mesti diperolehi, serta buku dan rekod perakaunan perkongsian disimpan di premis perniagaan. Setiap pekongsi berhak untuk menyemak dan membuat salinan rekod tersebut. Jika pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian atau jika perjanjian dibuat tetapi tidak meliputi perkara-perkara tertentu, peruntukan dalam Akta Perkongsian berkaitan dengan perkara-perkara di atas adalah terpakai. Sesebuah perkongsian hanya perlu melaporkan penyata kewangan kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan taksiran cukai pekongsi. Akaun bagi sesebuah perkongsian tidak perlu diaudit. Setiap pekongsi tidak boleh membuka perniagaan yang sama dengan perniagaan yang dijalankan oleh perkongsian. Seksyen 32 Akta Perkongsian 1961 memperuntukkan bahawa pekongsi yang menjalankan perniagaan yang sama dengan perkongsian perlu membayar kepada perkongsian semua keuntungan yang diperolehinya.

    Kebaikan Perniagaan Perkongsian

    1. Lebih modal dapat dikumpulkan.
    2. Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
    3. Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
    4. Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
    5. Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
    6. Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi. Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.

    Kelemahan Perniagaan Perkongsian

    1. Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
    2. Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
    3. Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
    4. Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.
    5. Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.

    Ciri-ciri perniagaan perkongsian ialah

    HALAMAN :
    1. 1
    2. 2
    3. 3
    4. 4
    5. 5
    6. 6
    7. 7
    Mohon tunggu...

    Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
    Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
    Beri Komentar
    Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

    Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
    LAPORKAN KONTEN
    Alasan
    Laporkan Konten
    Laporkan Akun