Mohon tunggu...
PUTRI ALVIANI
PUTRI ALVIANI Mohon Tunggu... Mahasiswa - Mahasiswa Semi Aktif

"kejarlah mimpi walaupun mimpi tak mau mengejarmu"

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

Implementasi Perniagaan dalam Al-Qur'an serta Matematika

10 Mei 2022   14:52 Diperbarui: 10 Mei 2022   14:57 324
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Ilmu Sosbud dan Agama. Sumber ilustrasi: PEXELS

Jenis-jenis Perniagaan

Pemilikan Tunggal

Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarang masalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik.

Perniagaan tunggal atau perniagaan milikan tunggal adalah entiti perniagaan yang paling asas yang hanya melibatkan seorang individu sebagai pemilik. Perniagaan jenis ini mudah ditubuhkan, tidak memerlukan modal yang besar tetapi sukar untuk berkembang. Sesuatu perniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia. Perniagaan tunggal juga akan bubar apabila pemiliknya tidak lagi menjalankan perniagaannya.

Sebagai contoh, jika perniagaan memperoleh keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian maka kerugian tersebut juga adalah kerugian atau kehilnagan harta pemiliknya. Justeru itu, dalam perniagaan milikan tunggal, liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yang tidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapat dilangsaikan itu.

Kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan perniagaan tunggal dapat diringkaskan seperti yang berikut:-

Kebaikan-kebaikan perniagaan tunggal

  • Mudah ditubuhkan
  • Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perniagaannya
  • Sebarang keputusan yang melibatkan perniagaan dapat diputuskan dengan serta merta kerana pemilik tidak perlu merujuk atau berbincang dengan orang lain
  • Struktur cukai beradasarkan cukai pendapat individu (pemilik)
  • Tidak memerlukan laporan kewangan yang kompleks.

Kelemahan-kelemahan perniagaan tunggal

  1. Sukar berkembang kerana keupayaan modal yang terhad
  2. Sukar mendapatkan pembiayaan modal kerana pelabur lebih cenderung melabur dalam institusi yang lebih mantap dan pihak institusi kewangan pula memerlukan satu jaminan kukuh daripada perniagaan
  3. Liabiliti tidak terhad
  4. Perniagaan akan dengan sendirinya bubar jika pemiliknya meninggal dunia.

Contoh Pemilikan Tunggal

  • Perniagaan kedai runcit

  • Perniagaan kedai jahitan

  • Perniagaan kedai kopi/makanan atau restoran

    HALAMAN :
    1. 1
    2. 2
    3. 3
    4. 4
    5. 5
    6. 6
    7. 7
    8. 8
    Mohon tunggu...

    Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
    Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
    Beri Komentar
    Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

    Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun