Bismillah,
Bulan ramadhan atau tidak kurma merupakan makanan kesenangan banyak orang terutama orang islam. Di samping telah diawetkan kurma dikonsumsi dalam keadaan segar, dalam bentuk jus kardial atau dalam bentuk kue atau kata orang malaysia kek kurma. Selama ramadhan ini buah ini sangat banyak diperdagangkan dan dikonsumsi oleh umat islam sebagai makanan pembuka puasa, makanan di waktu malam hari atau sebagai oleh2 sewaktu pulang haji atau umroh. Tulisan ini mengingatkan serba-serbi khasiat kurma yang bagus kita ingatkan kembali.
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam istilah ilmiah sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan baik yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pohon kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Di antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malahan di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Jaafar: "Aku melihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahwa Amir bin Saad mendengar bapaknya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Barang siapa yang memakan 7 biji kurma 'Ajwah' dia akan terhindar daripada godaan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikaruniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur'an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami ole Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa 'Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah sehabis bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahwa pengobatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur'an dan hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bukanlah jenis obat yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab saja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah obat yang diiktiraf oleh dunia internasional. Malahan ia lebih baik daripada obat-obatan modern yang menggunakan berbagai campuran ganjah yang boleh mengakibatkan efek sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi dalam membentuk air susu ibu (ASI). Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan ASI, maka dengan memakannya dapat meningkatkan pertambahan kandungan susu. Kurma juga berperan dalam pertumbuhan anak-anak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Penelitian lain yang dijalankan membuktikan bahwa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai sumber tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan diedarkan ke bagian anggota tubuh lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda RasulullahSallallahu 'Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum shalat. Jika tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad).
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain ang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :"Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air karena sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Dari Adiy bin Hatim, ia berkata: "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, yaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesehatan mereka agar senantiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya diwaktu pagi sebelum memulai tugas-tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan anak-anak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
KURMA (Phoenix dactylifera L.)
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia pengobatan tradisional.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L.dari segi sudut pandang ilmiah sangat berkhasiat dalam mengobati gangguan usus yang kronis, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandung sejenis bahan protein serta mineral alami yang menghentikan reaksi kimia luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Reaksi kimia itu jika dibiarkan dapat menyebabkan dihasilkannya sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkhasiat untuk mengatasi masalah sembelit. Hanya perlu dingat, bahwa minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, karena tingginya kadar gula kurma dapat menyebabkan penyakit ini makin parah.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam pengobatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia/susah tidur. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan karena kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkongan sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak karena telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang buah kurma.
Menurut pendapat pakar obat2an, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan ses bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yangditurunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah sehabis bersalin.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:" Beri makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, karena makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah kurma.
Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada kurma sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)"
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para ahli giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Berdasarkan kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempo mengandung dari segi pengobatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, menguatkan kan lagi otot-otot rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan pendarahan, menguatkan organ rahim serta berkhasiat meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain dosen Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahwa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, badan letih, lesu dan infeksi usus besar, meningkatkan selera makan, menguatkan ingatan dan berfungsi sebagai pelancar BAB. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Menurut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencerdaskan otak dan menyehatkan tubuh serta mencerdaskan fikiran dan membantu perkembangan anak-anak. Ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pendarahan sewaktu melahirkan.
Tidak saja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Berdasarkan khasiat di atas, saya mengajak diri saya sendiri dan keluarga untuk terus menjadikan kurma sebagai makanan harian. Paling tidak di pagi hari atau sebelum tidur dapat diminum dengan susu panas. Beberapa waktu lalu saya mengalami gejala sakit maag. Setelah itu saya minum susu dicampur dengan kurma 3, 5 atau 7 butir, alhamdulillah, sekarang sudah sehat. Selamat berpuasa dan berbuka.
Hasil analisis kandungan nutrien/hara buah kurma dapat dilihat pada link berikut:
http://www.thefruitpages.com/chartdates.shtml
Sumber: modifikasi dari bemiesworld
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H