KURMA (Phoenix dactylifera L.)
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia pengobatan tradisional.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L.dari segi sudut pandang ilmiah sangat berkhasiat dalam mengobati gangguan usus yang kronis, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandung sejenis bahan protein serta mineral alami yang menghentikan reaksi kimia luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Reaksi kimia itu jika dibiarkan dapat menyebabkan dihasilkannya sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkhasiat untuk mengatasi masalah sembelit. Hanya perlu dingat, bahwa minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, karena tingginya kadar gula kurma dapat menyebabkan penyakit ini makin parah.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam pengobatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia/susah tidur. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan karena kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkongan sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak karena telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang buah kurma.
Menurut pendapat pakar obat2an, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan ses bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yangditurunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah sehabis bersalin.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:" Beri makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, karena makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah kurma.