Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada kurma sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)"
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para ahli giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Berdasarkan kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempo mengandung dari segi pengobatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, menguatkan kan lagi otot-otot rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan pendarahan, menguatkan organ rahim serta berkhasiat meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain dosen Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahwa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, badan letih, lesu dan infeksi usus besar, meningkatkan selera makan, menguatkan ingatan dan berfungsi sebagai pelancar BAB. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Menurut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencerdaskan otak dan menyehatkan tubuh serta mencerdaskan fikiran dan membantu perkembangan anak-anak. Ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pendarahan sewaktu melahirkan.
Tidak saja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Berdasarkan khasiat di atas, saya mengajak diri saya sendiri dan keluarga untuk terus menjadikan kurma sebagai makanan harian. Paling tidak di pagi hari atau sebelum tidur dapat diminum dengan susu panas. Beberapa waktu lalu saya mengalami gejala sakit maag. Setelah itu saya minum susu dicampur dengan kurma 3, 5 atau 7 butir, alhamdulillah, sekarang sudah sehat. Selamat berpuasa dan berbuka.
Hasil analisis kandungan nutrien/hara buah kurma dapat dilihat pada link berikut:
http://www.thefruitpages.com/chartdates.shtml
Sumber: modifikasi dari bemiesworld
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H