“Tempat Maharaja berkuasa memiliki ciri sebagai berikut:”
Pulau yang menjadi tempat bersemayamnya Maharaja sangatlah besar dan makmur dengan penempatan yang bersambung-sambung serta subur tanah ladangnya. Sebahagian pedagang yang telah memasuki pulau [tempat bersemayam Maharaja] itu dan dapat dipercayai penceritaannya telah menyebutkan bahawa suara kokokan ayam yang bertenggek di pohon akan disahut bersahut-sahutan [oleh ayam jantan lainnya] sehingga seratus (100) farsakh jauhnya. Ini disebabkan penempatan penduduknya yang bersambungan dan tersusun rapi tanpa sebarang tanah gersang atau sepi tidak berpenghuni.
Begitu juga apabila ada seseorang musafir yang berkelana di pelusuk pulau berkenaan tanpa sebarang bekalan pasti akan mendapatkan makanan dan kehidupan yang mewah di mana saja yang dia singgahi.
Kepulauan baginda bersambung dengan banjaran gunung yang tinggi mencecah awan. Pada malam hari, akan kelihatan jelas api kemerahan daripada pergunungan itu yang menghamburkan bunyi guruh dan petir. Adakalanya akan kedengaran dari gunung-ganang itu bunyi yang pelik lagi mengerikan yang memberi peringatan akan berlakunya kematian seorang raja mereka.
(Al Masalik wa Al Mamalik, Beberapa Bab Pada Menyatakan Perihal Kepulauan Melayu, hlm 9-10)
“Pulau tempat Maharaja berkuasa ciri-cirinya sangatlah besar, subur tanahnya, suara kokokan ayam jantan bersahut-sahutan, dan pegunungan api yang tinggi berderet sambung-menyambung.”
“Jadi berarti ciri-ciri itu adalah ciri yang terdapat di negeri Hind karena Maharaja adalah raja di negeri Hind.”
“Lalu dalam Bab Kawah-Kawah Berapi…”
Kawasan nyala api terbesar adalah yang berada di dalam kerajaan Maharaja, iaitu raja Kepulauan Zabaj. Maharaja adalah gelaran bagi setiap raja Kepulauan itu. Lidah nyala api ini sehingga mencecah awan tingginya dan kedengaran dari situ bunyi seolah-olah guruh berdentum dan kilat menyambar. Adakalanya akan kedengaran bunyi yang pelik lagi menyeramkan yang dapat didengar daripada negeri yang jauh. Bunyi pelik itu menandakan bakal berlaku kematian sebahagian raja-raja mereka. Kadangkala bunyinya agak perlahan yang bermakna kematian akan menimpa sebahagian para pembesar. Perkara itu diketahui oleh para penduduk berdasarkan petunjuk dan pengalaman semenjak zaman berzaman lagi.
“Ada disebutkan kata Zabaj. Raka dan Iyan bisa searching dimana yang dimaksud dengan Zabaj.”
Segera Raka dan Iyan mengambil handphone masing-masing dan mulai menelusuri di peramban web.
“Zabaj adalah sebuah wilayah kuno yang menurut beberapa sumber berada di perairan Tiongkok dan India. Mayoritas sejarawan menafsirkan Zabaj sebagai wilayah Jawa saat ini”
Ujar Iyan sambal membaca halaman Wikipedia yang dia temukan dalam peramban.
“Beberapa sejarawan menganggap Zabaj merupakan sebutan Arab dan Persia untuk labaidu (Yawadwipa).” Timpal Raka yang ternyata membaca halaman peramban yang sama.
“Nah, jadi mari kita runut:
- Ada seorang Maharaja di negeri Hind yang wilayah kekuasaannya sangat besar.Wilayah kekuasaannya itu berada di kepulauan Laut Sanfa. Tidak ada raja-raja di negeri itu yang memiliki serupa dengan apa yang dimiliki oleh Maharaja itu.
- Kepulauan yang dikuasai oleh Maharaja tanahnya subur dan dipenuhi dengan rangkaian pegunungan api yang menjulang tinggi.
- Titik api terbesar dari rangkaian pegunungan itu ada di wilayah kekuasaan Maharaja yang bernama Zabaj. Zabaj adalah sebutan kuno untuk pulau Jawa.
Jadi, bisa kita simpulkan bahwa negeri al Hind adalah negeri kepulauan yang luas, banyak terdapat gunung api disana, dan memiliki satu wilayah yang bernama Zabaj atau Yawadwipa atau Jawa. Dengan kata lain, kitab ini menyebut negeri al Hind adalah…”