"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.
Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.
Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.
Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.
Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti
:::
Laporan Utusan Malaysia itu kemudian mendapat reaksi keras karena hanya berdasar postingan blog oleh penulis anonim. Sangat disayangkan bahwa kemudian Utusan Malaysia mendorong polisi melakukan penyidikan kepada lawan politik sementara tidak dilakukan pengusutan kepada penulis blog.
Dari rentetan peristiwa di atas maka jelas tidak ada benturan Melayu-Chinese dan Islam-Kristen pada level akar rumput. Karena benturan tsb sepertinya diciptakan oleh elit politik demi kursi kekuasaan. Utusan Malaysia sebagai media massa sepenuhnya di bawah kendali pemerintah dan Barisan Nasional. Maka serangan agama dan ras terkesan (walaupun mungkin hanya dugaan)Â direstui oleh pejabat tertinggi PM Najib Razak dan sesepuh penasihat yakni Dr Mahatir Muhammad.
Nampaknya ketegangan ras dan agama akan terus meruncing di Malaysia. Sebagai imbas dari perseteruan sengit Barisan Nasional (BN/UMNO) versus Pakatan Rakyat. Ketegangan terus meruncing, selama cara cara demikian rasis gagal dihindari oleh semua pihak.