Mohon tunggu...
Nayla Syifaun najmi
Nayla Syifaun najmi Mohon Tunggu... Mahasiswa - Mahasiswa

Mahasiswa universitas Islam negeri sunan ampel

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

Penentangan Dakwah Rasulullah SAW (Tantangan yang Dihadapi Rasul Selama Berdakwah)

12 Desember 2023   13:47 Diperbarui: 12 Desember 2023   14:01 287
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Ilmu Sosbud dan Agama. Sumber ilustrasi: PEXELS

PENENTANGAN DAKWAH RASULULLAH SAW.

(TANTANGAN YANG DIHADAPI RASUL SELAMA BERDAKWAH)

Nama              : Nayla Syifa'un Najmi

Prodi               : Ilmu Hadist E3 Semester 1

Matkul            : Sirah Nabawiyah

            Dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah tidak selalu berjalan dengan lancar. Meskipun Baginda adalah seorang Rasul, banyak beberapa hambatan dan tantangan yang dialami oleh Rasul dan juga para sahabat yang dilakukan oleh kaum kafir, musyrik yang ada dikota mekkah. Diantaranya tantangan yang paling berat adalah menyampaikan dakwah kepada para keluarga terdekat, dia mendapat penolakan dari para keluarga terutama pamannya Abu Lahab dan Abu Jahal, ini juga menjadi beban yang berat baginya karena kedua pamannya ini sampai akhir hayat tidak beriman kepada Allah. Ancaman pembunuhan yang diterima sebagai upaya konspirasi dari kaum lan tardho untuk menghentikan dakwahnya, penyiksaan yang diterima para sahabat, kaum Muslimin, mengganggunya, ejekan, hinaan, tuduh-tuduhan palsu yang dilontarkan untuknya, sindiran serta pemboikotan total yang dilakukan orang-orang Musyrik.

            Banyak sekali ancaman yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy dalam menentang dakwahnya Rasulullah, tetapi semua itu hanya sia-sia. Mereka tidak menyerah dan terus memikirkan berbagai cara untuk mencegah dakwahnya Rasul. Berikut adalah usaha-usaha kaum kafir Quraisy dalam menentang dakwah Rasulullah Saw.:

  • Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempermain-mainkan, mendusta dan mempersedanya. Semuanya ini bertujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan semangat mereka. mereka lemparkan Rasulullah dengan berbagai tuduhan nakal seperti memanggil Rasulullah dengan sebutan orang gila.[1] Seperti yang ada di dalam al-Qur'an Q.S. al-Hijr ayat 6, yang artinya: Dan mereka berkata: "Hai orang yang diturunkan al-Qur'an kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila" (Qs. al-Hijr:6). Allah memberitakan tentang kekafiran dan sikap keras kepala mereka dengan mengatakan, "Hai orang yang diturunkan al-Qur'an kepadanya," maksudnya, hai orang yang mengaku diturunkan al-Qur'an, "Sesungguhnya kamu adalah orang gila," dalam seruanmu kepada kami untuk mengikutimu dan meninggalkan apa yang kami dapatkan dilakukan oleh nenek moyang.[2]
  •  
  • Mencacatkan ajaran islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakwah palsu, mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran islam dan pribadi Rasulullah itu sendiri, menyebar luas dakwah ini supaya tidak memberi peluang kepada orang ramai mengenai dakwah Rasulullah, mereka terus menggembar-gemburkan tuduhan mengenai al- Quran yang ianya sebagai dongeng rekaan orang kuno.
  •  
  • Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongeng supaya mereka sibuk dengannya. Menawari Rasulullah untuk menyembah tuhan-tuhan mereka selama setahun kemudian mereka akan menyembah tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir. Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith dengan sanadnya, katanya: Semasa Rasulullah sedang bertawaf di Kaabah, Baginda telah dipintas oleh al-Aswad bin al-Mutalib bin Asad bin Abd al-Uzza, al-Walid bin al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-'Aas bin Wail al-Sahmi, mereka berempat ini, kiranya di antara tokoh-tokoh yang berpengaruh di kalangan kaum mereka, kemudian kata mereka: Wahai Muhammad, ayo kita bersetuju untuk kami menyembah apa yang kamu sembah dan kamu sembah apa yang kami sembah, dengan itu bererti kita sudah berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apa yang kau sembah itu ada kebaikan melebihi dari apa yang kami sembah maka kami turut mendapat habuan dari kebaikan itu dan sekiranya yang kami sembah ini ada kebaikan yang lebih dari apa yang kamu sembah itu maka kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama dengan kami, dengan itu turunlah ayat: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu. dan bagiku ugamaku ".[3]

 

Kaum Musyrikin telah menggunakan berbagai cara seperti yang telah disebutkan satu demi satu dengan tujuan untuk menghalangi kelancaran dakwah sejak dari kelahirannya di permulaan tahun keempat. Semua cara telah mereka usahakan untuk beberapa bulan dan beberapa bulan dan beberapa minggu tanpa melewati batas-batasnya, kini berpindah kepada cara-cara penyiksaan dan penindasan, tapi setelah mereka dapati cara mereka itu tidak memberi kesan untuk menghalang perjalanan dakwah islamiah, maka mereka sekali lagi berkumpul. Disini mereka telah membentuk satu lujnah yang aanggotanya terdiri dari dua puluh lima orang tokoh dari pemuka Quraisy. Lujnah ini oleh Abu Lahab saudara Rasulullah, dan setelah Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda. Lujnah ini bersetuju untuk tidak meninggal sebarang cara pun untuk memerangi islam dan menyakiti Rasulullah, menyiksa penganut-penganutnya. Malah mereka akan menggunakan segala bentuk kekerasan, penyiksaan dan penindasan.

 

Kali ini mereka bertegas untuk melaksanakan keputusan yang mereka sepakati. Tindakannya terhadap kaum muslimin terutama yang lemah dan daif adalah senang sahaja, tidak banyak halangan, tetapi terhadap Rasulullah adalah suatu hal yang sukar, kerana Rasulullah seorang yang tangkas, disegani dan berperibadi unggul, jiwa yang dikagumi lawan dan kawan, pasti yang berdepan dengannya akan mengagungi dan menyanjunginya. Tiada siapa yang berani melakukan kejahatan dan keburukan terhadapnya, kecuali jenis manusia bodoh dan nakal sahaja. Namun demikian Baginda masih tetap di bawah jagaan Abu Talib. Di mana Abu Talib di antara tokoh-tokoh Makkah yang terbilang, beliau disanjung dari turun temurun di kalangan semua orang, tak siapa pun berani memperkecil statusnya dan mencabar maruahnya, kedudukan inilah menggugat pihak Quraisy dan membingungkan mereka. Justeru itu sampai ke mana kesabaran itu dapat bertahan, ketika berhadapan dengan dakwah yang beriya-iya untuk membenteras kepimpinan agama yang mereka sandang selama ini dan keterampilan mereka di arena keduniaan.[4] 

 

Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap Rasulullah terutama oleh Abu Lahab sendiri, malah beliau ini telah mengganas terhadap Rasul di hari pertama dakwahnya, sebelum pihak Quraisy membuat apa-apa sikap. Telah pun kita sebut sebelum ini tindakan terhadap Rasulullah di majlis Bani Hasyim, di atas bukit Safa beliau telah coba memukul Rasulullah dengan batu. Sebelum kebangkitan Rasulullah Abu Lahab telah mengawinkan anak lelakinya yaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah, yaitu Ruqaiyah dan Ummi Kulsum. Tetapi bila Rasulullah diutus dan Baginda menyeru orang ramai kepada Islam, Abu Lahab telah membuat tindakan membabi buta dengan memaksa kedua-dua anaknya supaya menceraikan dua puteri Rasulullah itu. Dengan kekerasan lalu mereka pun menceraikan.
Dan apabila Abdullah anak lelaki Rasulullah meninggal dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan, meluru beliau pergi menemui kawan-kawan menceritakan kepada mereka berita baik baginya yaitu Rasul kematian anak keturunannya, Muhammad s.a.w menjadi kudung terputus zuriat di dunia ini.[5]

 

Sebagaimana yang telah kita ceritakan sebelum ini, di mana Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan hadis yang memberi makna bahwa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu. Banyak sekali kekejaman Abu Lahab kepada Rasulullah, hingga pernah pada suatu saat Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan mendengar ayat- ayat al-Quran, kemudian beredar dari situ, tanpa mempercayai atau menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak takut menyakiti Rasulullah dengan kata-katanya, menghalang Rasulullah dan merasa sombong dengan tindakannya yang biadab itu, berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliau melakukan sesuatu yang patut disanjung, perangainya ini telah disebut oleh Allah di dalam firmannya: "Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya" (al-Qiyaamah: 31)[6]

 

Dan beliau telah menghalang Rasulullah dari bersembahyang, di hari pertama beliau melihat Rasulullah bersembahyang di Ka'bah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan terlihat Rasulullah bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau berkata kepada Muhammad (s.a.w): Wahai Muhammad (s.a.w) bukankah aku telah larang kau bersembahyang di sini. Beliau bertindak keras dan mengutuk Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad dengan apa yang kau maksud hendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah orang terbanyak penyokong di lembah ini, dengan itu Allah menurunkan firmanNya:
"kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak." (al-Alaq: 17). Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah telah memegang leher bajunya dan menggoncang-goncangnya sambal berkata: "wahai orang yang kufur ingkar. Sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak (al-Qiyamah: 34-35). Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak mengugut daku? Demi Allah, tidak kau dan tuhan kau berbuat apa-apa pun dengan daku, akulah orang yang termulia yang bergerak di antara bukit bumi ini. Abu Jahal masih tidak sadar lagi dari keruntuhan dan kejatuhan marahnya tadi, malah semakin menjadi-jadi kenakalannya. Al-Imam Muslim telah mengeluarkan hadist dari Abu Hurairah: Abu Jahal telah berkata: Muhammad boleh bersujud mukanya ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka! Ya! kata Abu Jahal: Demi al-Lata dan al- Uzza sekali ini akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang sujud. Allah izinkan beliau masuk ke perkarangan Ka'bah, beliau terlihat Rasulullah sedang bersembahyang, Abu Jahal terus meluru ke hadapan dengan sangkaan beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa bersembahyang dan mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balik dengan mengangkat kedua-dua tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila ditanya! Kenapa wahai Abu al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang di antara daku dan Muhammad satu parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah: Kalau dia hampiri daku niscaya para malaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi. Ini adalah pencerobohan ke atas diri Rasulullah yang keperibadian unggul itu, warak dan disegani orang ramai di samping kekebalan penjagaan Abu Talib tokoh yang hormati di Makkah.[7]

 

 Seperti itulah bentuk bentuk kekejaman yang dilakukan oleh kaum kafir quraisy terhadap nabi Muhammad SAW. Dari mulai kekerasan, pelemparan kotoran hewan, penyiksaan hingga peyiksaan. Namun dari semua peristiwa tersebut nabi Muhammad SAW. tetap sabar dan tabah dalam menyiarkan ajaran agama islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

DAFTAR PUSTAKA

 

Ibn-Kar, Isml Ibn-Umar. Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 1. Nachdruck der Ausgabe 2006. Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir, 1439.

 

Shafiyyur Rahman Al-Mubarakfury, Syaikh dan Kathur Suhardi. Sirah Nabawiyah. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2013.

 

 

 

 

 

 

 

           

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun