Mohon tunggu...
Nayla Syifaun najmi
Nayla Syifaun najmi Mohon Tunggu... Mahasiswa - Mahasiswa

Mahasiswa universitas Islam negeri sunan ampel

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

Penentangan Dakwah Rasulullah SAW (Tantangan yang Dihadapi Rasul Selama Berdakwah)

12 Desember 2023   13:47 Diperbarui: 12 Desember 2023   14:01 287
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Ilmu Sosbud dan Agama. Sumber ilustrasi: PEXELS

 

Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap Rasulullah terutama oleh Abu Lahab sendiri, malah beliau ini telah mengganas terhadap Rasul di hari pertama dakwahnya, sebelum pihak Quraisy membuat apa-apa sikap. Telah pun kita sebut sebelum ini tindakan terhadap Rasulullah di majlis Bani Hasyim, di atas bukit Safa beliau telah coba memukul Rasulullah dengan batu. Sebelum kebangkitan Rasulullah Abu Lahab telah mengawinkan anak lelakinya yaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah, yaitu Ruqaiyah dan Ummi Kulsum. Tetapi bila Rasulullah diutus dan Baginda menyeru orang ramai kepada Islam, Abu Lahab telah membuat tindakan membabi buta dengan memaksa kedua-dua anaknya supaya menceraikan dua puteri Rasulullah itu. Dengan kekerasan lalu mereka pun menceraikan.
Dan apabila Abdullah anak lelaki Rasulullah meninggal dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan, meluru beliau pergi menemui kawan-kawan menceritakan kepada mereka berita baik baginya yaitu Rasul kematian anak keturunannya, Muhammad s.a.w menjadi kudung terputus zuriat di dunia ini.[5]

 

Sebagaimana yang telah kita ceritakan sebelum ini, di mana Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan hadis yang memberi makna bahwa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu. Banyak sekali kekejaman Abu Lahab kepada Rasulullah, hingga pernah pada suatu saat Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan mendengar ayat- ayat al-Quran, kemudian beredar dari situ, tanpa mempercayai atau menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak takut menyakiti Rasulullah dengan kata-katanya, menghalang Rasulullah dan merasa sombong dengan tindakannya yang biadab itu, berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliau melakukan sesuatu yang patut disanjung, perangainya ini telah disebut oleh Allah di dalam firmannya: "Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya" (al-Qiyaamah: 31)[6]

 

Dan beliau telah menghalang Rasulullah dari bersembahyang, di hari pertama beliau melihat Rasulullah bersembahyang di Ka'bah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan terlihat Rasulullah bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau berkata kepada Muhammad (s.a.w): Wahai Muhammad (s.a.w) bukankah aku telah larang kau bersembahyang di sini. Beliau bertindak keras dan mengutuk Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad dengan apa yang kau maksud hendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah orang terbanyak penyokong di lembah ini, dengan itu Allah menurunkan firmanNya:
"kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak." (al-Alaq: 17). Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah telah memegang leher bajunya dan menggoncang-goncangnya sambal berkata: "wahai orang yang kufur ingkar. Sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak (al-Qiyamah: 34-35). Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak mengugut daku? Demi Allah, tidak kau dan tuhan kau berbuat apa-apa pun dengan daku, akulah orang yang termulia yang bergerak di antara bukit bumi ini. Abu Jahal masih tidak sadar lagi dari keruntuhan dan kejatuhan marahnya tadi, malah semakin menjadi-jadi kenakalannya. Al-Imam Muslim telah mengeluarkan hadist dari Abu Hurairah: Abu Jahal telah berkata: Muhammad boleh bersujud mukanya ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka! Ya! kata Abu Jahal: Demi al-Lata dan al- Uzza sekali ini akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang sujud. Allah izinkan beliau masuk ke perkarangan Ka'bah, beliau terlihat Rasulullah sedang bersembahyang, Abu Jahal terus meluru ke hadapan dengan sangkaan beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa bersembahyang dan mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balik dengan mengangkat kedua-dua tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila ditanya! Kenapa wahai Abu al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang di antara daku dan Muhammad satu parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah: Kalau dia hampiri daku niscaya para malaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi. Ini adalah pencerobohan ke atas diri Rasulullah yang keperibadian unggul itu, warak dan disegani orang ramai di samping kekebalan penjagaan Abu Talib tokoh yang hormati di Makkah.[7]

 

 Seperti itulah bentuk bentuk kekejaman yang dilakukan oleh kaum kafir quraisy terhadap nabi Muhammad SAW. Dari mulai kekerasan, pelemparan kotoran hewan, penyiksaan hingga peyiksaan. Namun dari semua peristiwa tersebut nabi Muhammad SAW. tetap sabar dan tabah dalam menyiarkan ajaran agama islam.

 

 

 

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun