Sehubungan ini, Malaysia mempunyai sebilangan masyarakat yang beragama Islam dan hidup dalam lingkungan tradisi yang sekaligus sangat menyintai agamanya. Di samping itu, ilmu pengetahuan dan teknologi juga turut membawa perubahan kehidupan sosial dan lingkungan masyarakat itu. Pergeseran sosial dan nilai-nilai normanya kepada kebudayaan dan masyarakat moden meyebabkan ruanglingkup wadah dakwah semakin luas. Oleh itu, perlu pula pengeseran atau perubahan sistem dan kaedah dakwah akibat tuntutan keadaan tersebut di atas.
Karena itu, tanggung jawab umat manusia khususnya umat Islam di manapun ia berada harus memahami bahawa sumber daya dan lingkungan kehidupan adalah selain sebagai bukti kekuasaan Allah Maha Pemberi kesejahteraan dan keseimbangan hidup, ia juga sebagai subjek penggerak dakwah dan motivasi kepada umat manusia.Â
Demikian juga manusia sebagai anggota masyarakat dalam sub-sistem organisme selain berpartisipasi kerana motivasi untuk pembangunan umat manusia, tetapi juga kerana tarikan dakwah bahawa alam semesta ini adalah ciptaan dan anugerah Allah kepada manusia untuk dimanfaatkan dan dilestarikan yang sekaligus dikembangkan. Justru itu, manusia harus mengintropeksi diri di samping dengan ekstropeksi. Setelah menemukan dirinya dan alam, akan terungkap rahsia menyebabkan manusia akan menaklukkan alam baik mikro mahupun makro untuk kemaslahatan umat manusia itu sendiri.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H