Mohon tunggu...
Anomali Night
Anomali Night Mohon Tunggu... -

orang aneh ::: perlu dimusiumkan :P

Selanjutnya

Tutup

Humaniora

sultan mahmud II

3 November 2012   18:44 Diperbarui: 24 Juni 2015   22:01 931
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Humaniora. Sumber ilustrasi: PEXELS/San Fermin Pamplona

PENDAHULUAN

Pada abad pertengahan, Dunia Barat telah maju, ditandai dengan beberapa kemajuan dan penemuan teknologi modern. Islam sudah masuk ke daerah Turki mulai abad Hijriyah dan Islam berkembang dengan pesat , bangsa Turki mencapai puncak kemegahan dari tahun 1520-1566 kemudian mendapat gelar orang sakit (The Sick Men) karena bangsa Turki akhirnya juga lumpuh pada abad ke-19. Pembaharuan di Turki ini, meliputi empat fase pembaharuan yang dimulai oleh Sultan Mahmud II, yang mengubah madrasah tradisional tanpa pengetahuan umum menjadi madrasah yang berpengetahuan umum. Tanzimat yaitu usaha untuk mengatur dan memperbaiki struktur organisasi pemerintahan sementara Usmani Muda dan Turki Muda ingin mengubah sistem pemerintahan konstitusional bukan dengan kekuasaan absolut.[1] Pembaharuan yang dilakukan dalam tanzimat belum dapat meraih hasil seperti yang di harapkan. Lebih jauh malah mendapatkan kritikan-kritikan dari luar kaum cendikiawan. Kegagalan oleh tanzimat dalam mengganti konstitusi yang absolut merupakan cambuk untuk usaha-usaha selanjutnya. Untuk mengubah kekuasaan yang absout maka timbullah usaha atau gerakan dari kaum cendikiawan dalam melanjutkan usaha-usaha tanzimat. Sementara itu, menurut L. Stoddard yang dikutip Badriyatim kemudian dikutip kembali oleh Dr. H. A. Fattah Wibisono, M.A dalam bukunya Pemikiran Para Lokomotif Pembaharuan di Dunia Islam, Eropa dalam abad ke Sembilan belas sudah jauh maju meninggalkan Dunia Islam. Eropa sudah dipersenjatai dengan ilmu modern dan penemuan yang membuka rahasia alam. Satu demi satu negri Islam yang sedang rapuh itu jatuh ke tangan Barat. Dalam waktu yang tidak lama, kerajaan-kerajaan besar Eropa telah membagi bagi Dunia islam. Inggris merebut india dan Mesir. Rusia menyebrangi Kaukasus dan menguasai Asia Tenggara. Prancis menguasai Afrika Utara, dan bangsa-bangsa Eropa.[2]

BAB II

PEMBAHASAN

Mahmud II (1808-1839) diangkat menjadi sultan pada 28 Juli 1808 menggantikan Mustafa IV. Pada awal pemerintahan Sultan Mahmud II kerajaan Usmaniyah masih berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana diancam oleh peperangan dengan Rusia serta tentangan dari wilayah-wilayah yang cuba mendapatkan kuasa autonomi. Walaupun peperangan dengan Rusia berakhir pada tahun 1812 dalam Perjanjian Bucharest, tetapi gerakan autonomi wilayah di Eropah masih belum dapat dipadamkan. Hal ini mendorong                        Sultan Mahmud II untuk melaksanakan program pembaharuannya. Sultan Mahmud II meneruskan pembaharuan ala Barat yang dimulakan oleh Sultan Salim III. Akan tetapi beliau tidak tergesa-gesa memperkenalkannya karena menyadari adanya tentangan yang kuat dari tentera Inkishariyah yang mempunyai hubungan yang erat dengan tarekat Bektashi yang berpengaruh dalam masyarakat dan dari kalangan ulama yang memegang kuat tradisi umat Islam. Beliau akhirnya menggunakan taktik tunggu dan lihat. Terdapat beberapa faktor yang akhirnya mendorong Sultan Mahmud II untuk memperkenalkan usaha pembaharuan ini. Antarannya ialah kelemahan sistem ketenteraan Uthmaniyah semakin jelas dan terbukti apabila berhadapan dengan kuasa Eropa dan Rusia di medan peperangan. Kekalahan menghadapi Perancis di Mesir masih menghantui pemikiran dan perasaan pemerintah dan juga rakyat. Mereka berasa bimbang, peristiwa seumpama ini mungkin akan berulang lagi. Tambahan pula kurangnya disiplin dan moral di kalangan tentera Inkishariyah. Sebahagian daripada mereka ingkar untuk menjalankan operasi dan sebahagian yang lain pula pada mulanya patuh dengan arahan, tetapi kemudiannya ingkar dan meninggalkan medan peperangan. Di samping itu juga, mereka juga menjadi pemimpin yang mempengaruhi masyarakat menentang pemerintah. Apabila tentera Inkishariyah gagal dalam menangani pemberontakan Greek pada tahun 1821, Sultan Mahmud bertekad untuk memulakan program pembaharuannya. Sultan Mahmud II melihat bahawa tentera Mesir di bawah pimpinan Muhammad Ali Pasha jauh lebih teratur karena tentera Mesir mendapat latihan daripada bekas pegawai Perancis seperti Kolonel Seve (Sulaiman Pasha al- Faransawi). Ketika tentera Mesir dikirimkan untuk menundukkan Greek, mereka berjaya, begitu juga mereka telah membuktikan sebelumnya yang mereka berjaya mengalahkan gerakan Wahhabi di Arabia. Susunan tentera baru inilah yang membawa kepada kemenangan. Ini menguatkan semangat Sultan Mahmud II untuk merubah susunan tentera Uthmaniyah. Oleh itu sejak tahun 1822, beliau memulakan inisiatif ke arah perubahan dalam struktur ketenteraan. Tindakan pertama Sultan Mahmud II ialah dengan menguasai tentera Inkishariyah dan ulama. Beliau telah meletakkan penyokongnya mengisi jawatan-jawatan penting dalam institusi keagamaan seperti Shaykh al-Islam, kadi askar dan kadi Istanbul. Beliau juga melantik penyokong-penyokongnya sebagai pegawai tinggi tentera. Setelah jawatan penting dalam kedua-dua institusi ini disandang oleh penyokongnya, pada tahun 1826 Sultan Mahmud II memulakan program pembaharuannya. Dengan bantuan sukarelawan dari Anatolia, Sultan Mahmud II menubuhkan satu angkatan tentera yang baru yang digelar “Muallem Eshkinji” (askar yang terlatih. Jurulatih-jurulatih tentera baru ini dibekalkan oleh Muhammad Ali dari Mesir. Walau bagaimanapun beliau masih berhati-hati dalam melaksanakan polisinya. Ketika mengisytiharkan pembubaran tentera Inkishariyah dan memperkenalkan tentera baru, beliau merujuk tentera baru ini sebagai tentera yang terlatih dan mampu mengatasi tentera kafir Eropah. Beliau jaga berhati-hati dalam pengisytiharannya supaya tentera baru ini tidak dikaitkan dengan tentera Nizam-i-Jadid yang diperkenalkan oleh Sultan salim III dahulu, dan dengan itu beliau terlepas daripada tuduhan tidak Islamik. Bahkan beliau melantik pegawai pelatih terdiri daripada orang Muslim sajhaja. Ulama juga ditugaskan dalam tentera untuk mengimamkan sembahyang dan juga sebagai pegawai agama tentera. Lebih daripada itu fatwa telah dikeluarkan dengan mengisytiharkan pembaharuan ini sebagai mengikut lunas syarak. Dengan perancangan di atas, Sultan Mahmud II berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi risiko tentangan dari Inkishariyah (Abdul Rauh Yaccob, 1994:89). Seperti yang dijangkakan penubuhan tentera baru ini mendapat tentangan daripada Inkishariyah. Sebelum pertunjukan perbarisan tentera baru ini dilakukan di ibu kota Istanbul, Inkishariyah menuntut supaya kerajaan memansuhkan pasukan tentera baru ini. Tetapi Mahmud II sudah bersiap sedia dan dengan persetujuan ulama, beliau mengisytiharkan perang dan mengepung pasukan Inkishariyah. Akhirnya berlaku pertumpahan darah dan lebih kurang 1,000 orang tentera Inkishariyah terbunuh, harta-benda, rumah kediaman dan masjid turut musnah. Tarekat Bektashi yang mempunyai ramai anggota dari kalangan Inkishariyah dibubarkan dan Inkishariyah dihapuskan. Dengan kehilangan tentera ini, kekuatan ulama yang anti pembaharuan mulai lemah, maka usaha pembaharuan dalam kerajaan Uthmaniyah abad ke-19 berjalan dengan lancar. Di samping aspek ketenteraan, perubahan penting yang dilakukan oleh Sultan Mahmud II dan akhirnya membawa pengaruh besar dalam perkembangan pembaharuan kerajaan Uthmaniyah ialah dalam bidang pendidikan. Madrasah merupakan satu-satunya institusi pendidikan umum yang penting waktu itu dan hanya diajarkan pengetahuan agama. Sultan Mahmud II dapati sistem pendidikan seperti ini tidak lagi mampu untik menangani permasalahan pada abad ke-19. Oleh itu perubahan dalam kurikulum madrasah perlu dilakukan dengan memasukkan pengetahuan umum tetapi ia masih menghadapi kesukaran. Sistem madrasah tradisional akhirnya dikekalkan tetapi sultan telah menubuhkan sekolah baru iaitu Maktaba-i-maarif (sekolah pengetahuan umum) dan Maktab-i-Ulum Edenji (sekolah sastera). Di kedua-dua sekolah ini diajarkan bahasa Perancis, geografi, sejarah dan ilmu politik di samping bahasa Arab. Sekolah pengetahuan umum mendidik siswa untuk menjadi pegawai, manakala sekolah sastera menyediakan penterjemah- penterjemah untuk keperluan pemerintahan. Sultan Mahmud II juga mendirikan sekolah tentera, sekolah teknik, sekolah kedoktoran dan pembedahan. Sultan Mahmud II juga menghantar pelajar-pelajar ke Eropah, dengan matkamat setelah kembal mereka bertindak sebagai agen pembaharuan. Hasilnya muncullah buku-nuku terjemahan dari peradaban moden Barat. Pada tahun 1831, Sultan Mahmud mengeluarkan surat khabar rasmi iaitu Takvim-i Vekayi tiga tahun setelah terbitnya akhbar rasmi Mesir, al-Waqa’i al- Misriyah (1828). Surat khabar tidak hanya memuatkan berita dan pengumuman rasmi pemerintah, tetapi juga memuatkan aktiviti-aktiviti mengenai gagasan progresif di Eropah. Oleh itu akhbar ini mempunyai pengaruh besar dalam memperkenalkan idea- idea moden kepada masyarakat disamping terjemahan buku-buku Perancis ke bahasa Turki.[3]

BAB III

PENUTUP

A.Komentar

  1. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud II merupakan landasan atau dasar bagi pemikiran dan usaha pembaharuan selanjutnya, antara lain : pembaharuan Tanzimat, pembaharuan di Kerajaan Usmani abad ke-19 dan Turki abad ke-20.

2.      Kemudian dilanjutkan dengan pembaharuan Usmani Muda, dimana usaha-usaha pembaharuannya adalah untuk mengubah pemerintahan dengan sistem konstitusional tidak dengan kekuasaan absolut setelah dibubarkannya parlemen dan dihancurkannya Usmani muda dilanjutkan dengan pembaharuan Turki Muda. 3.      Secara umum kemunduran Turki Usmani terjadi setelah wafatnya Sulaiman Al-Qonuni. Hal ini disebabkan banyaknya kekacauan yang terjadi setelah Sultan Sulaiman meninggal, di antaranya perebutan kekuasaan antara putera beliau sendiri. Para pengganti Sulaiman sebagian besar orang yang lemah dan mempunyai sifat dan kepribadian yang buruk. Juga karena melemahnya semangat perjuangan prajurit Usmani yang mengakibatkan kekalahan dalam mengahadapi beberapa peperangan. Ekonomi semakin memburuk dan system pemerintahan tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan. B. Kesimpulan

  • Perkembangan hukum Islam  pada masa kerajaan Turki Usmani mengalami dinamika yang beragam pada mula kekuasaanhukum dipegang oleh  syari’at  Islam yang diintervensi olehpemerintah. Kemudian perkembangan hukum selanjutnya tidak hanyadipegang oleh  syari’at  Islam tetapi juga hukum selain Islam yaituorang non Islam  Eropa dan mereka mendapatkan kedudukan yangsama dalam hukum. Ini terjadi pada masa tanzimat, dan pada akhirnyamuncul hukum sekuler yang dipelopori oleh Mustafa Kemal yangbanyak membawa perubahan dalam  syari’at  Islam yang kalau diperhatikan ini diwariskan sampai saat sekarang.

DAFTAR PUSTAKA

Stoddard  L. 1966.Dunia Baru Islam. Jakarta : Panitya http://muhtarom84.blogspot.com/2009/11/pembaharuan-di-turki-sultan-mahmud-ii.html diakses tanggal 8 Januari 2011 http://berawaldarihati.blogspot.com/2010/12/usmani-muda-dan-turki-muda.html diakses tanggal 8 Januari 2011 http://www.scribd.com/doc/11578352/Dunia-Islam-Abad-Ke19-Dan-20 yang diakses tanggal 8 januari 2011 [1] http://muhtarom84.blogspot.com/2009/11/pembaharuan-di-turki-sultan-mahmud-ii.html diakses tanggal 8 Januari 2011 [2] http://berawaldarihati.blogspot.com/2010/12/usmani-muda-dan-turki-muda.html diakses tanggal 8 Januari 2011 [3] http://www.scribd.com/doc/11578352/Dunia-Islam-Abad-Ke19-Dan-20 yang diakses tanggal 8 januari 2011

Mohon tunggu...

Lihat Konten Humaniora Selengkapnya
Lihat Humaniora Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun