Mohon tunggu...
Mohd Izuan
Mohd Izuan Mohon Tunggu... -

pembaca setia.siswa electro

Selanjutnya

Tutup

Olahraga

Arsenal,Chelsea dan Liverpool berada di Malaysia

18 Februari 2011   16:08 Diperbarui: 26 Juni 2015   08:29 764
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

[caption id="attachment_91746" align="aligncenter" width="300" caption="Arsenal menang 2 - 1 ke atas Barca"][/caption]

Adakah anda mahu meyaksikan sendiri perlawanan melibatkan pasukan Arsenal yang baru menewaskan gergasi bola sepak Barcelona tempohari? Adakah anda ingin berada di stadium untuk memberi sokongan padu kepada kelab kegemaran anda seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea? [caption id="attachment_91735" align="aligncenter" width="300" caption="Torres penyerang Chelsea yang baru"]

12980446341473797493
12980446341473797493
[/caption]

Sebut saja pemain bernama Cesc Fabregas (Arsenal) ,Van Persie (Arsenal), Fernando Torres (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool) ,John Terry (Chelsea) dan Frank Lampard (Chelsea) semuanya adalah ikon bola sepak dunia. Berjumpa dan melihat mereka beraksi dengan pasukan masing-masing adalah impian setiap peminat bola sepak di dunia ini.

Nampaknya kalendar bolasepak Malaysia tahun 2011 akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pasukan pilihan utama kelab-kelab gergasi EPL iaitu Arsenal, Chelsea dan Liverpool pada bulan Julai ini. Festival EPL yang berlangsung selama 10 hari di Stadium Bukit Jalil ini bakal menarik beribu-ribu peminat dari seluruh dunia terutama dari Asia Tenggara untuk datang ke Malaysia menyaksikan sendiri pasukan kesayangan mereka bertanding sesama sendiri dan juga menentang Harimau Malaya. [caption id="attachment_91747" align="aligncenter" width="300" caption="Safiq Rahim kapten Harimau Malaya diasak oleh Owen dan Giggs"]

1298045606685562298
1298045606685562298
[/caption]

Ini adalah kesempatan yang sangat berharga bagi pasukan bola sepak Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi permainan ke peringkat international. Ini terbukti apabila perlawanan persahabatan antara Malaysia IX dan Manchester United melalui event Asia Tour pada tahun 2009 lalu telah mengubah cara permainan Harimau Malaya untuk lebih menerapkan corak permainan kelas dunia dan hasilnya Malaysia telah berjaya memenangi beberapa piala berprestij di peringkat Asia tengara. [caption id="attachment_91743" align="aligncenter" width="350" caption="Jurulatih Harimau Malaya berbincang strategi dengan Arsene Wenger"]

12980446181302198549
12980446181302198549
[/caption]

Kehadiran mereka bakal menarik pelancong dari luar negara terutamanya Singapura, Thailand dan Indonesia yang sememangnya mempunyai peminat yang sangat fanatik terhadap 3 kelab gergasi ini. Justeru saya ingin menjemput rakan kompasiana di Indonesia bersama-sama memeriahkan lagi festival bola sepak di Malaysia pada bulan Julai ini.

Sumber info : The Star

p/s: Mahu dapatkan tiket ke Kuala Lumpur dengan harga yang murah, sila tempah tiket Air Asia seawal mungkin.Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini.

Mohon tunggu...

Lihat Konten Olahraga Selengkapnya
Lihat Olahraga Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun