Terdapat dakwaan bahawa Militer Malaysia terlalu kejam dengan menghantar 2 jet pejuang F18 dan 5 hawk dalam operasi offensive beberapa hari lalu yang menyaksikan hampir 27 anggota tentera sulu mati. Sehingga kini di laporkan nyawa melayang hampir mencecah 52 orang dengan 50 lagi telah di tahan atas pendakwaan bersubahat. Beberapa hari yang lalu Ban kiMOn setiausaha UN mahukan penyelesaian paling aman menyebabkan Sultan Kiram mengarahkan genjatan senjata. Namun tiada lagi maaf buat mereka kata perdana Menteri. Malaysia yang kini telah mengarahkan 7 batilion tentera di tempatkan di sana di percayai akan menambah bilangan. Apakah sebab Malaysia bertindak begitu offensive? Tahukah anda Malaysia memberi ruang yang cukup untuk mengelakkan pertumpahan darah berlaku? Hampir 2 minggu rundingan di lakukan dan Malaysia sanggup memanjangkan tempoh kepungan atas permintaan Manila. Namun ianya di balas dengan 2 komando polis kami di bunuh ! Mereka di serang apabila tentera sulu mara beberapa kilometer dari kepungan. Mereka mengangkat bendera putih menyebabkan komando polis mara ke depan sebelum penembak tepat mereka menembak menembusi kepala menyebabkan arwah Inspektor Zulkifli dan Koperal sabaruddin meninggal. Di tengah pertemuan dasyat itu rupanya mereka di kepung dengan begitu ramai, dan berjaya bertahan serta membunuh 12 tentera sulu sebelum bantuan tiba. sumber gambar :kisahbest.my Ayah kena bom kata anaknya .
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H