8 Jenis Rezeki Yang Disebut Di Dalam Al-Quran
Rezeki Kerana Usaha (An-Najm: 39)
Rezeki kerana Bersyukur (Ibrahim: 7)
Rezeki Kerana Istighfar (Nuh: 10-11)
Rezeki Kerana Bernikah (An-Nur: 32)
Rezeki Kerana Anak (Al-Isra': 31)
Rezeki Kerana Sedekah (Al-Baqarah: 245)
Rezeki Tidak Terduga (At-Talaq: 2-3)
Rezeki Yang Telah Dijamin ( Hud:6)
Keterangannya :
1. Rezeki kerana usaha
Surah An-Najm ayat 39:
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"
2. Rezeki kerana bersyukur
Surah Ibrahim ayat 7:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"
3. Rezeki kerana istighfar
Surah Nuh ayat 10 -11:
" Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta".
4. Â Rezeki kerana bernikah
Surah An-Nur ayat 32:
" Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya"
5. Rezeki kerana anak
Surah Al-Isra' ayat 31:
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga rezeki bagi mu"
6. Rezeki kerana bersedekah
Surah Al-Baqarah ayat 245:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
7. Rezeki tidak terduga
Surah At-Talaq ayat 2-3:
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"
8. Rezeki yang telah dijamin
Surah Hud ayat 6:
" Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"
Dari ayat-ayat tu, boleh nampak kan yang Allah dah jamin rezeki dari kita lahir, bujang, berkahwin, berkeluarga dan sampailah kita mati.
Hati tenang bila remind diri sendiri tentang hal rezeki ni.
Enjoy your life progress!
Follow Instagram @kompasianacom juga Tiktok @kompasiana biar nggak ketinggalan event seru komunitas dan tips dapat cuan dari Kompasiana
Baca juga cerita inspiratif langsung dari smartphone kamu dengan bergabung di WhatsApp Channel Kompasiana di SINI