Legoland Malaysia menepati jadual bagi pembukaannya suku keempat 2012 di Iskandar Malaysia, Johor. Dalam satu kenyataan hari ini, Legoland Malaysia mengumumkan pemasangan kerangka keluli bagi ujian landasan permainan ikonnya iaitu ”roller coaster” yang diberi nama Lego Technic, dan penjualan pas tahunan. Bagi suatu tempoh yang terhad, Legoland Malaysia menawarkan pas tahunan pra pembukaan pada harga RM195 bagi orang dewasa (harga biasa RM275) dan RM150 bagi kanak-kanak (harga biasa RM210). Pas masuk berharga RM140 bagi orang dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak, manakala pemegang MyKad (warganegara Malaysia) mendapat rebat RM30 di pintu masuk. [caption id="attachment_173480" align="alignnone" width="454" caption="Welcome to Legoland Malaysia"]
[/caption]
Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia Pasifik dan yang keenam di dunia dan akan dibuka kepada umum pada suku keempat tahun ini disasarkan menerima sehingga sejuta pengunjung pada tahun pertama operasinya. Taman tema seluas 31 hektar itu bakal menawarkan keseronokan secara interaktif bukan saja untuk kanak-kanak berusia di antara dua hingga 12 tahun, malah untuk seluruh keluarga.
Seperti Legoland lain di Jerman, United Kingdom, Denmark dan Amerika Syarikat, Legoland Malaysia dibina berdasarkan keunikan dan ciri-ciri tersendiri Malaysia, khususnya pada kawasan Miniland yang akan menampilkan replika bangunan terkenal Malaysia menggunakan lego termasuk Menara Berkembar Petronas. Menara itu yang akan di bina setinggi sembilan meter adalah binaan berasaskan lego tertinggi di dunia, mengatasi binaan di empat Legoland lain.
Dibangunkan hasil kerjasama dengan Merlin Entertainment iaitu pengusaha taman tema kedua terbesar di dunia selepas Walt Disney, Legoland Malaysia yang memiliki nilai pembangunan kasar RM720 juta diyakini mampu menambah kedatangan pelancong ke Johor khususnya, dan tidak lagi hanya menjadikan negeri itu sebagai persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura. Dikhabarkan sejumlah 7000 pas tahunan untuk pra pembukaan sudah dibeli di mana 35% dari jumlah itu telah dibeli oleh warga Singapura. Untuk maklumat lanjut & tempahan tiket bleh layari
http://www.legoland.com.myBaca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H
Lihat Travel Story Selengkapnya