Mohon tunggu...
Inovasi

Profesionalisme Etika Profesi

13 Juni 2017   21:01 Diperbarui: 13 Juni 2017   21:39 15452
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Media. Sumber ilustrasi: PIXABAY/Free-photos

Jenis-jenis Sertifikasi CISCO :

  • Cisco Certified Networking Associate ( CCNA )
  • Cisco Certified Networking Professional ( CCNP )
  • Cisco Certified Internetworking Expert ( CCIA )
  • Sertifikasi Novell

Jenis-jenis Sertifikasi Novell :

  • Novell Certified Linux Professional ( Novell CLP )
  • Novell Certified Linux Enginer ( Novell CLE )
  • Suse Certified Linux Professional ( Suse CLP )
  • Master Certified Novell Engineer ( MCNE )

Sertifikasi Berorientasi Profesi

  • Institute for Certification of Computing Professionals
  • Certified Data Processor ( CDP )
  • Certified Computer Programmer ( CCP )
  • Certified Systems Professional ( CSP )
  • Institute for Certification of Computing Professionals
  • Entry Level Computer Serivce
  • Network Support and Administration
  • Computer and Information Security
  • Home Technology Installation
  • IT Project Management

Hambatan Pelaksaan Sertifikasi

  • Biaya yang mahal
  • Kemampuan yang kurang memadai terhadap penguasaan materi sertifikasi

Profesionalisme Bidang Non-IT

Profesionalisme Guru

Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum (subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan. Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru akan menjelaskan enviromen pendidikan dan ‘bagaimana’ guru memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di sekolah kepada pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan peranan penting yang konstruktif dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan.

Perlaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen penting profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan melaksanakan kurikulum. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus.

Pemikiran dan Profesionalisme

Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Merujuk kepada permasalahan yang dibangkitkan maka, ini bermakna pemikiran guru merupakan faktor penting menentukan variasi pendidikan. Pemikiran ini sangat berpengaruh dalam enviromen pembelajaran yang dicipta oleh guru. Hal ini melibatkan ‘bagaimana’ guru mengumpul, mengorganisasi, menginterpretasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan. Semasa aktiviti ini, kraf seorang guru, pengetahuan professional, kemahiran ‘in-action’ dan refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan resipi terpenting peranan guru menentukan ‘apa’ yang difikir guru dengan ‘apa’ yang dilaksanakan serta memahami penenrimaan dan penolakan kurikulum terhadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar.

Janet, (2003) menyarankan kepentingan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi. Saranan ini dapat melahirkan ahli professional yang bebas dari kokongan dan cara ‘tradisi’ mengidentifikasi dan menyelesaikan masalah (di bilik darjah). Beliau menambah bahawa dua komponen penting pemikiran diri ialah keupayaan untuk membezakan antara membuat ‘conscious reflection’ dengan ‘recognition of conflicting values’. Secara mudah dapat membuat refleksi yang adil dan seimbang tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran diri.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
Mohon tunggu...

Lihat Konten Inovasi Selengkapnya
Lihat Inovasi Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun