Mohon tunggu...
Ya'juj Ma'juj
Ya'juj Ma'juj Mohon Tunggu... pegawai negeri -

The Great King, Fair and Wise. Uphold justice in ways that wise and civilized. Wherever I am definitely created prosperity, peace for all mankind. Although I've been beside He, but I'm always there for you all

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

Tolak Pembohongan Barat!

23 April 2014   00:18 Diperbarui: 23 Juni 2015   23:19 577
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

Tolak Pembohongan Barat! Piramid Di Mesir Dibina Oleh Firaun Adalah Satu Kesalahan Piramid Agung bukanlah dibangun oleh pemerintahan Firaun Khufu(Cheops) tetapi dibangun berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam. Firaun-firaun Mesir hanyalah menambah dan memoles celah-celah bangunan yang sedikit sudah rusak, dan piramid-piramid ini yang diwarisi mereka para Firaun. Hal ini lama-kelamaan disadari oleh para pengkaji sebab Piramid ini terlalu lama masanya dibanding Firaun Khufu(Cheops). Ini antara misteri terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa  yang mula-mula merencanakan pembangunan Piramid? Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.

Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius pada zaman itu kemajuan material adalah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Rahsia Piramid Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan keratan pada batu-batu tersebut, bagaikan dikerat dengan mesin zaman modern. Lihat contoh-contoh seperti di bawah; Batu seolah-olah dikerat dengan mesin modern Pada tapak-tapak piramid yang lain, ada lubang-lubang yang ditebuk pada dinding-dinding batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin modern. Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin modern Piramid di Giza dikatakan dibina lebih 4000 tahun yang lalu, tetapi di dalamnya ada lukisan-lukisan kenderaan zaman modern seperti helikopter, kapal selam, hovercraft dan kereta. Bagaimana bisa terjadi pada masa lampau yang konon katanya lebih kuno dan ketinggalan zaman.
Lukisan kenderaan modern dalam piramid bersama tulisan Hieroglyph Antara teori yang dapat dinyatakan di sini adalah: Kemungkinan tulisan dan simbol berupa kenderaan-kenderaan zaman modern itu adalah sejarah yang diceritakan kembali, gambaran kenderaan-kenderaan yang pernah ada sebelum itu lagi. Mungkin diceritakan dan digambarkan semula oleh nenek moyang mereka kenderaan-kenderaan yang pernah ada sebelum banjir terbesar pada zaman Nabi Nuh a.s, ataupun sebelum bala-bencana lain yang berlaku yang Allah timpakan ke atas umat terdahulu kala mereka berbuat kerusakan dan durhaka kepada Sang Kholiq. Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir. Adalah dipercaya pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893. Antenna tanpa wayar
Piring terbang Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi para ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah. Sebuah arca atau komponen mesin? Banyak kaedah matematikal yang berkaitan Piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer. Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. seakan bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno? Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat semata-mata(buku rujukan sejarah yang beredar banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai motive untuk membelokan dan membuat ranju umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Yang wajib kita percaya tanpa ragu adalah Al-Quran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang pasti ada cacatnya. Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memperhatikan serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja. Wallahu a'lam Sumber: http://isupanaz.blogspot.com/2014/01/tolak-pembohongan-barat-piramid-di.html

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun