Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Menulis sangat mudah. Semudah berbicara jika kita mampu menangkap butir kata yang dihasilkan oleh kilang minda , di mana kita adalah tuannya. Menulis mampu menunjukkan kebijakan kita dalam mengutarakan ide-ide bernas. Layangkanlah apa yang mahu dituangkan ke dunia maya untuk dibaca dan dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja.
Kebijakan menulis turut terlihat melalui pilihan kata yang disusun dengan baik dan berbudi bahasa. Fokus tulisan tidak menjadi persoalan rumit jika kita tahu apa yang hendak ditulis. Tulislah sahaja apa yang mahu ditulis. Santai, relaks dan tidak memaksa.
Maka kita akan dapati apa yang kita tulis benar-benar yang kita suka. Bukan yang orang suka. Jangan menulis untuk orang. tetapi menulis untuk diri sendiri. Secara tidak langsung, apa yang kita tulis akan mendampak kepada orang lain yang membaca dan mungkin mempunyai pengalaman yang sama.
Ya... ayuhlah, menulis untuk menguji kebijakan kita dalam MENULIS.
Siti Fatimah Ahmad, 11 Mac 2012 (Rabu), 9.31 pagi, Sarikei, Sarawak
SELAMAT MENULIS
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H