Sangat rugi jika kita menulis tajuk dengan TIDAK JUJUR semata-mata bimbang tidak ada orang datang dan membaca tulisan kita. Jika menulis tajuk sahaja sudah tidak jujur, bagaimana manfaat dari hasil karyanya dapat menempati dan mengesani hati sang pembaca. Jangan takut menulis tajuk yang benar dan berkaitan dengan isi tulisan kita. Yang menghadirkan hati untuk menuju ke blog kita adalah Allah Yang Maha Menyaksikan niatan hati kita dalam menulis.
Mudahan hasil tulisan kita menjadi pahala buat bekal di akhirat sana. Apa yang kita catat, fikir dan bicara, semuanya menjadi saksi dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.
MENULISLAH DENGAN BENAR
Siti Fatimah Ahmad, 11 Mac 2012 (Rabu), 2.28 petang, Sarikei, Sarawak
SELAMAT MENULIS
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H