Mohon tunggu...
B_087_mochammad Luwis nrbs
B_087_mochammad Luwis nrbs Mohon Tunggu... Lainnya - luwismochammad_

Mochammad luwis nur rojab bangun sukmana

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

Sosial Media Menurut Pandangan Islam dalam Generasi Muda

7 Desember 2021   16:41 Diperbarui: 7 Desember 2021   16:47 282
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Ilmu Sosbud dan Agama. Sumber ilustrasi: PEXELS

Sosial Media menurut pandangan Islam dalam Generasi Muda

Media sosial adalah sebuah platform atas talian (online), dimana para penggunanya dapat berinteraksi dan berkongsi pendapat tentang sesuatu isu meliputi politik, sains, gaya hidup, sukan dan sebagainya

Media sosial ini digunakan oleh semua golongan masyarakat khususnya generasi muda zaman sekarang. Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini untuk mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya.

Pada tahun 2002, lahirnya sebuah media sosial bernama Friendster, yang mendapat perhatian seluruh warga dunia yang menggunakan internet. Melalui Friendster ini juga dicatat lebih daripada tiga juta orang mendaftarkan diri sebagai pengguna selepas diperkenalkan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Selepas kemunculan Friendster dan Facebook, pelbagai laman media sosial lain turut muncul seperti Instagram, Twitter, Snapchat, Whatsaap juga Telegram. Snapchat antara media sosial yang ramai penggunanya daripada golongan remaja. Hal ini disebabkan golongan remaja dapat merasakan laman media sosial ini mempunyai komuniti yang bebas untuk bersuara dan golongan ini sentiasa menyuarakan pandangan dari persepsi seorang remaja.

Dengan menggunakan media sosial ini, golongan remaja didedahkan kepada berbagai teknologi seperti laman web, telefon pintar, internet dan semua teknologi yang membolehkan untuk menggunakan laman media sosial ini.

'Online business' pada masa kini sangat popular. Sesiapa yang mempunyai minat dan ilmu boleh menjadi usahawan 'online'. Secara amnya, setiap media sosial mempunyai suatu ciri dikenali sebagai akaun perniagaan.

Kebanyakan remaja hari ini memiliki akaun dalam media sosial sama ada Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn, You tube dan lain-lain. Namun jika seseorang individu tidak mematuhi etika penggunaan semasa mengunakan laman sosial, pelbagai perkara negatif boleh berlaku. Namun jika peraturan dan etika bersosial semasa menggunakan media sosial dipatuhi, kebaikannya akan diperolehi oleh pengguna media sosial ini.

daripada golongan remaja. Media sosial juga boleh digunakan oleh golongan remaja untuk mendapatkan perkembangan isu semasa walaupun tidak menonton berita ataupun membaca surat khabar. Hal ini demikian kerana, saluran televisyen dan juga akhbar harian mempunyai akaun di media sosial untuk tujuan mengkongsikan tajuk utama setiap hari. Sebagai contoh, Berita Harian, sebuah jenama akhbar harian mempunyai seramai 729 ribu orang pengikut di laman sosial Instagram.

Dewasa ini, media sosial menjadi candu kepada masyarakat di seluruh dunia terutamanya generasi muda. Gelombang teknologi yang semakin pesat membangun menjadikan masyarakat seluruhnya berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian netizen serta pegikutnya di medium sosial alaf baru ini.

Kesan negatif media sosial dapat dibendung dengan baik sekiranya batas dan etika penggunaan yang baik sentiasa diaplikasikan. Mengawal masa penggunaannya gajet atau komputer adalah salah satu cara terbaik untuk mengelakkan kecanduan terhadap medium sosial tanpa batas ini.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun