Mohon tunggu...
azdanis mamta
azdanis mamta Mohon Tunggu... -

Selanjutnya

Tutup

Pendidikan Artikel Utama

Perlunya Pendididkan Moral Menghadapi Pasca Modenisme

20 April 2015   00:33 Diperbarui: 17 Juni 2015   07:54 14
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Gadget. Sumber ilustrasi: PEXELS/ThisIsEngineering

Pendidikan moral merupakan salah satu misi utama dalam proses pendidikan sejak zaman berzaman. Selagi ada perbincangan intelektual, para pemikir pendidikan sentiasa memberi perhatian dan membincangkan tentang perkembangan dan pembangunan peribadi insan terutamanya dalam aspek berkaitan pendidikan moral dan akhlak. Berkenaan dengan pendidikan moral seharusnya bermula dengan memfokuskan kepada apakah sebenarnya yang dikatakan ‘insan bermoral’. Ini kerana apa pun pendekatan yang akan digunakan mestilah berasaskan kepada kefahaman yang tepat dan jelas tentang insan bermoral itu sendiri. Lickona (1991) menyatakan untuk menjadi seorang yang bermoral, seseorang itu perlu mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan.

Abdul Rahman Aroff (1999) telah mengemukakan konsep etika dan insan moral yang dikatakan sesuai terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Etika dikonsepsikan dari tiga sudut iaitu kandungan, bentuk dan dimensi etika. Kemoralan atau etika perlu mempunyai kandungan yang terdiri daripada peraturan masyarakat dan sifat keperibadian mulia. Setiap kelompok masyarakat mesti mempunyai peraturan untuk membolehkan manusia dapat hidup dan berfungsi dengan baik dengan sekitarannya. Tanpa peraturan, kehidupan sosial manusia tidak dapat diteruskan kerana ia juga merupakan kayu pengukur untuk menilai sesuatu aktiviti sosial ( Wright, 1971).

Insan bermoral juga perlu mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari segi moral. Keperibadian mulia adalah kecenderungan dan pembawaan diri yang stabil untuk bertindakbalas kepada sesuatu situasi dengan bermoral, manifestasi dari sifat-sifat kebaikan, kejujuran, tanggungjawab, menghormati orang lain. Seseorang insan bermoral perlu mempunyai prinsip dan bersifat autonomi dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang bebas, rasional dan betul tanpa paksaan atau kepatuhan yang membuta tuli terhadap sesuatu autoriti.

Insan bermoral mesti melakukan sesuatu berasaskan kepada alasan yang munasabah. Individu yang melakukan sesuatu kerana kebiasaan, takut atau mengikut keadaan tanpa berfikir tidak dikira sebagai insan yang mempunyai kematangan moral atau dikatakan tidak melakukan sesuatu secara bermoral. Misalnya sekiranya kita melatih atau mendidik anak-anak supaya menjauhi prasangka perkauman tanpa mengetahui sebabnya, kita juga sebenarnya tidak mendidik mereka dengan bermoral. Perlakuan moral pula berkaitan dengan tindakan dan tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu keputusan yang telah dibuat dengan penuh tanggungjawab oleh pentaakulan yang bebas dan rasional. Individu yang tidak melakukan sesuatu yang telah difikirkan sebagai patut, wajar dan bermoral dianggap individu yang lemah moralnya atau ‘berilmu tetapi tidak diamalkan’.

Individu yang mempunyai perasaan moral akan bersifat altruistik, bertimbang rasa, belas kasihan, murah hati dan juga sifat-sifat yang berkaitan dengan sifat kepedulian. Disamping itu dia juga harus mempunyai rasa malu atau bersalah bila melakukan sesuatu yang tidak wajar dari segi moral. Pendidikan moral ialah satu perkara yang kompleks dan telah mengundang banyak kekeliruan. Ia bukan saja menjadi tugas pendidik yang mengajar Pendidikan Moral di sekolah malah perlu kerjasama dari semua pihak termasuk ibu bapak dan masyarakat sekolah khususnya untuk mempromosikan suasana moral.

Pendidik yang diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Moral perlu mempunyai asas ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas terutamanya berkaitan keperluan dalam diri dan pendekatan atau kaedah yang digunakan. Soal penyediaan guru Pendidikan Moral perlu dipandang serius karena realitinya pendidikan moral tidak semudah seperti yang ditanggapi. Sebagaimana pentingnya Pendidikan Moral secara formal, proses pendidikan secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti dan suasana dalam persekolahan meliputi masyarakat dan lembaga lain. Memang hal ini bukanlah satu usaha yang mudah dan memerlukan tekad yang kuat, tetapi tanggungjawab ini perlu kita lakukan untuk menyiapkan anak didik kita supaya berguna dengan baik dalam berbagai hal. kita harus berhadapan dengan realiti bahawa kita adalah pendidik moral, institusi pendidikan kita adalah ibarat “moral enterprise‟ dan kita adalah ahli yang perlu aktif dalam “enterprise‟ tersebut. Oleh karena itu, janganlah kekurangan dijadikan alasan untuk melemahkan atau melumpuhkan komitmen kita sebagai pendidik .

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Konten Pendidikan Selengkapnya
Lihat Pendidikan Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun