foto: anwar R.. 2009
Foto ini sekitar 2009 yang lalu, dan kemudiannya ketika aku kembali pada musim Haji 2012.. Menara itu kini sudah TINGGI mencakar langit kota Makkah. Ketika sendirian melayan lamunan hati, sering aku mengingati detik detik ketikanya tapak kaki ku menjelajah Masjidil Haram. Ketika mengerjakan Umrah dan ziarah di tanah suci, aku berazam benar benar mahu menjelajahi seluruh ruang Masjid itu, luar dan dalam, dan ke paras lantai teratas. Syukur hasratku tercapai di tahun itu, mungkin kerna jemaah tidak seramai di musim Haji.. dan kembalinya aku sebagai tetamu Allah untuk Haji kali ini benar2 memberikan kesan yang amat mendalam pada jiwa kerna aku punya peluang masa lebih satu bulan lamanya untuk beriktikaf dan beribadah di Masjdil haram. Kini masjid ini sedang melalui tempoh peralihan di mana kian banyak dari binaannya bakal di runtuhkan untuk pembangunan semula
foto: anwar R
Pandangan dari paras atas, jemaah tawaf bagaikan arus tiada terputus putusnya.. jamaah Malaysia dan Indonesia dapat di kenal dari jauh kerna ciri pakaiannya, terutama 'kloter' Indonesia yang masing2 punya ciri khas selendang di bahu
Kubah yg di sinari pancaran matahari petang.. sungguh mengasyikkan kelihatan garis garis pantulan cahaya menerangi dinding berukir