Mohon tunggu...
Abu Khalil
Abu Khalil Mohon Tunggu... Freelancer - Aktivis dan Jurnalis Freelance asal Pattani, Thailand

Penulis akan menyuarakan seputar isu Konflik Patani Thailand selatan yang jarang dipublik oleh dunia media global

Selanjutnya

Tutup

Sosbud Pilihan

Kejatuhan Patani dan Pasca-1785 Perjuangan untuk Pembebasan dan Iredentisme

13 Desember 2024   22:55 Diperbarui: 13 Desember 2024   22:55 76
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Gambar perarakan kerajaan Ratu Hijau Kerajaan Patani dari buku Achter Theil der Orientalischen Indien (Frankfurt 1606/2149)

Berjuang !!! adalah seruan dan kata-kata yang haram dalam wilayah yang sedang bergolak sampai saat ini, kata berjuang, pejuang atau "Juae/juang" dilek Melayu Patani, Thailand selatan ini selalu dituduh bak bandit separatisme pemisah bagian selatan dari negara Thailand.

"Patani" nama yang dilupakan sebuah negara kerajaan Melayu yang jatuh pada 11 November 1785 dalam jajahan Siam (Thailand). Konflik dan peperangan yang berlaku selama lebih dari dua ratus tahun, yang berlaku di Selatan Thailand ini adalah konflik berdasarkan unsur identiti etnik salah satu contohnya. Konflik ini seolah-olah membenarkan anggapan bahawa globalisasi dan situasi pasca-Perang Dingin mengubah bentuk dan sifat konflik.

Zaman Perang Dingin ditandai dengan banyaknya konflik bersenjata antara negara-negara yang merupakan bentuk perang proksi kerana penglibatan kuasa-kuasa besar di sebalik perang ini. Selepas perang dingin, sifat konflik sering dikatakan berubah dari konflik antara negara menjadi konflik dalam negara yang ditandai dengan pelbagai pertembungan identiti.

Konflik yang berlaku Selatan Thailand tidak selalu relevan dengan anggapan ini kerana konflik ini telah berlangsung lebih dari dua abad. Namun, memang benar untuk mengatakan bahawa fenomena globalisasi sedikit sebanyak mempengaruhi perjuangan masyarakat Patani Melayu Islam di Selatan Thailand.

Menurut Suhrke Burr, A. (1977). dalam Group Ideology, Consciousness and Social Problems: A Study of Buddhist and Muslim, mengatakan Merdeka adalah permintaan dan sasaran tertinggi,

"Hanya dengan kemerdekaan dapat dicapai tujuan melayani rakyat," Perlu diingatkan bahawa strategi perjuangan umat Islam Patani terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu pemisahan. total, dan bergabung dengan persekutuan Thailand dalam bentuk autonomi dan penggabungan dengan Malaysia.

Gejolak gelombang pembebasan dimulai pencetusan Tengku Lamidin Tahun berikutnya, pada tahun 1787 Kerajaan Siam diletakkan di bawah kuasa pemerintahan Raja Nakhorn Sri Thammarat (Legor) dan melantik Tengku Lamidin kerabat Sultan Patani sebagai sultan boneka untuk bersumpah untuk setia dan patuh pada peraturan Kerajaan dan mengirim "Bunga Emas"

Pada tahun 1789, Tengku Lamidin mengetuai pembebasan dengan rakyat Patani menentang kekuatan Kerajaan SIam Pada mulanya itu berjaya sehingga mereka dapat kembali menguasai seluruh wilayah Patani namun digulingkan oleh orang Siam pada tahun 1791 dan Patani kembali jatuh ke tangan Siam, Sultan Lamidin juga terbunuh dalam perang.

Selama 1787 sampai sekarang di bumi Patani diwarnai dengan cetusan pembangkitan dari kalangan pejuang ulama, raja, penglima, cedekiawan dan rakyat Patani. Perjuangan bangsa Patani adalah perkara yang berterusan dan telah menjadi salah satu perjuangan pembebasan terpanjang.

Bagi kerajaan Thailand, masalah Thailand Selatan telah menjadi masalah nasional utama yang mengganggu usaha pembinaan negara dan selalu menjadi faktor ketidakstabilan negara. Perjuangan berpunca dari beberapa sebab utama, termasuk:

Politik asimilasi Thailand yang berlebihan menyebabkan ancaman identiti Melayu. Dalam usaha membangun negara. kerajaan Thailand menggunakan strategi asimilasi yang berlebihan terhadap rakyatnya.

Bagi rakyat Patani, kaedah penindasan adalah simbol penolakan identiti Melayu mereka hingga kini, kerana pemerintah Thailand menginginkan masyarakat Thailand dengan identiti Thai. Pendekatan ketenteraan semakin menjauhkan tujuan integrasi yang akan dibina. Keseragaman ini telah menyebabkan masyarakat Patani terpinggir secara sistematik dari arus perdana politik, sosial dan ekonomi Thailand.

Kaedah penindasan yang digunakan untuk mencapai tujuan ini membuat masyarakat Patani merasa terintegrasi dengan tiang yang bertentangan dengan dasar pemerintah. Contohnya, pemerintah tidak menyokong penggunaan bahasa Melayu, apalagi mengajarnya walaupun bahasa kedua di sekolah.

Di samping itu, Pondok, yang merupakan institusi pendidikan utama bagi umat Islam Melayu Patani, diancam kewujudannya setelah Kerajaan Thailand menguatkuasakan Akta Pendidikan Wajib pada tahun 1921. Peraturan baru ini menghendaki pelajar Muslim menghadiri institusi pendidikan sekular formal yang diuruskan oleh kerajaan.

Pencetusan organisasi gerakan menjadi wadah jawaban untuk meneruskan perjuangan bangsa yang tertindas ini, dari Jamiiyah Islamiyah-Syeik Daud Bin Abdullah Al-Fathoni. (1845) dan gerakan yang lain Justru mengembalikan rasa nasionalisme dan irrendentisme kadang perlu digelorakan untuk membangkitkan masyarakat yang terpengaruh identitinya oleh infiltrasi dari pihak luar, mahupun diakui oleh dunia Internasioal

Illustrasi Kejatuhan Kerajaan Melayu Patani pada bulan November 1785
Illustrasi Kejatuhan Kerajaan Melayu Patani pada bulan November 1785

Photo di atas merupakan Illustrasi lukisan oleh Hem Wechakul yang menunjukan saat tentara kerajaan Siam (Thailand) dibawah komandan Panglima 'Phraya Kalahum' menyeretkan meriam Sri Patani sebagai rampasan perang setelah Kerajaan Patani, Sultan Muhammad (1776-1785) kalah perang,

Sri Patani (Bahasa Thai: atau Phaya Tani) merupakan sebuah meriam pengepungan yang berasal daripada Kerajaan Melayu Patani, Sri Patani merupakan meriam yang terbesar dan termasyur pernah dibina di Dunia Melayu, berukuran 9 kaki (2,7 meter) dan diperbuat daripada loyang. Ia kini dipamerkan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand sejak kejatuhan Patani terhadap Kerajaan Siam (Thailand) 1785, yang bertentangan dengan Istana Besar di Bangkok.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Sosbud Selengkapnya
Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun