Berjuang !!! adalah seruan dan kata-kata yang haram dalam wilayah yang sedang bergolak sampai saat ini, kata berjuang, pejuang atau "Juae/juang" dilek Melayu Patani, Thailand selatan ini selalu dituduh bak bandit separatisme pemisah bagian selatan dari negara Thailand.
"Patani" nama yang dilupakan sebuah negara kerajaan Melayu yang jatuh pada 11 November 1785 dalam jajahan Siam (Thailand). Konflik dan peperangan yang berlaku selama lebih dari dua ratus tahun, yang berlaku di Selatan Thailand ini adalah konflik berdasarkan unsur identiti etnik salah satu contohnya. Konflik ini seolah-olah membenarkan anggapan bahawa globalisasi dan situasi pasca-Perang Dingin mengubah bentuk dan sifat konflik.
Zaman Perang Dingin ditandai dengan banyaknya konflik bersenjata antara negara-negara yang merupakan bentuk perang proksi kerana penglibatan kuasa-kuasa besar di sebalik perang ini. Selepas perang dingin, sifat konflik sering dikatakan berubah dari konflik antara negara menjadi konflik dalam negara yang ditandai dengan pelbagai pertembungan identiti.
Konflik yang berlaku Selatan Thailand tidak selalu relevan dengan anggapan ini kerana konflik ini telah berlangsung lebih dari dua abad. Namun, memang benar untuk mengatakan bahawa fenomena globalisasi sedikit sebanyak mempengaruhi perjuangan masyarakat Patani Melayu Islam di Selatan Thailand.
Menurut Suhrke Burr, A. (1977). dalam Group Ideology, Consciousness and Social Problems: A Study of Buddhist and Muslim, mengatakan Merdeka adalah permintaan dan sasaran tertinggi,
"Hanya dengan kemerdekaan dapat dicapai tujuan melayani rakyat," Perlu diingatkan bahawa strategi perjuangan umat Islam Patani terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu pemisahan. total, dan bergabung dengan persekutuan Thailand dalam bentuk autonomi dan penggabungan dengan Malaysia.
Gejolak gelombang pembebasan dimulai pencetusan Tengku Lamidin Tahun berikutnya, pada tahun 1787 Kerajaan Siam diletakkan di bawah kuasa pemerintahan Raja Nakhorn Sri Thammarat (Legor) dan melantik Tengku Lamidin kerabat Sultan Patani sebagai sultan boneka untuk bersumpah untuk setia dan patuh pada peraturan Kerajaan dan mengirim "Bunga Emas"
Pada tahun 1789, Tengku Lamidin mengetuai pembebasan dengan rakyat Patani menentang kekuatan Kerajaan SIam Pada mulanya itu berjaya sehingga mereka dapat kembali menguasai seluruh wilayah Patani namun digulingkan oleh orang Siam pada tahun 1791 dan Patani kembali jatuh ke tangan Siam, Sultan Lamidin juga terbunuh dalam perang.
Selama 1787 sampai sekarang di bumi Patani diwarnai dengan cetusan pembangkitan dari kalangan pejuang ulama, raja, penglima, cedekiawan dan rakyat Patani. Perjuangan bangsa Patani adalah perkara yang berterusan dan telah menjadi salah satu perjuangan pembebasan terpanjang.
Bagi kerajaan Thailand, masalah Thailand Selatan telah menjadi masalah nasional utama yang mengganggu usaha pembinaan negara dan selalu menjadi faktor ketidakstabilan negara. Perjuangan berpunca dari beberapa sebab utama, termasuk: