Pintu Gerbang Melayu Menyambut Hari Raya di Patani
Lebaran tahun ini, sambutan yang hangat bagi warga Muslim di Thailand Selatan tampaknya meriah dengan mewujudnya pintu gerbang yang menghiasi laluan masuk ke kampung masing-masing.
'Patani' meliputi wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebagian daerah wilayah Songkhla, selatan Thailand, dengan beragam ada adat istiadat budaya melayu yang telah lama hadir secara turun temurun, di mana masyarakatnya sangat identik dengan agama Islam sejak zaman kerajaan Patani Darussalam, memiliki berbagai cara dalam menyemarakkan terakhir di bulan suci Ramadan dan Hari Raya Idulfitri.
Salah satu tradisi yang menjadi momen meriah membangun perpaduan dalam desa kampung adalah Mewujudkan Pintu Gerbang untuk menyambut Hari Raya ini.
Pintu Gerbang atau Pitu Gerbae (dialek Melayu Patani) merupakan lengkungan yang biasanya dibina pada majelis-majelis khas. Seperti mempunyai acara kampung Atau pada hari-hari penting seperti Hari Tahun Baru, Hari Raya. Kita melihat penduduk kampung di pelbagai komunitas pemuda aau persatuan kampung saling membantu Dan bergotongroyong membina lengkungan dari bahan yang tersedia di kawasan setempat mereka.
Wujudnya Gerbang tersebut mereka menunjukkan untuk menyatakan identiti Melayu, dianggap pembuatan gerbang tersebut telah menjadi budaya dan tradisi yang masih bertegak di tiga wilayah selatan atau Patani sepanjang dekade ini.
Bahan-bahan tersebut terdiri daripada buluh, kelapa, kayu lapis, pelbagai akar, zink, sekerap besi, kayu gergaji, bahan dari laut atau gunung, hingga sampah plastik dan sebagainya. Seperti disebar gambar dari Halaman Facebook 'Persatuan Pemuda Patani' mempunyai koleksi kegiatan dan tradisi menyambut Hari Raya bagi warga Muslin Melayu di setiap tempat.
Bagi masyarakat Muslim Melayu Patani, kita akan melihatnya Terdapat sejenis bunga yang digunakan untuk menghiasi gerbang hampir untuk menjadi elemen penting.
Bunga tersebut adalah "Bunga Raya" tampilnya mungkin sama ada lukisan, lukisan bunga sebenar, atau pun tanda vinil Kerana bunga Raya ini merupakan simbol bagi orang-orang Melayu di rantau Semenanjung Melayu.