Mohon tunggu...
Afdhila Razak
Afdhila Razak Mohon Tunggu... Guru - Mahasiswa bidang pendidikan

Fokus penulis adalah menghasilkan kandungan yang bermaklumat dan memberi kesedaran kepada pembaca tentang topik-topik yang relevan dan penting.

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud Pilihan

Jadi Selfish Adalah Langkah Terbaik Untuk Maju

2 Januari 2025   21:44 Diperbarui: 2 Januari 2025   21:44 32
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Lihat generasi muda sekarang yang berjaya kebanyakannya mereka berani berkata "tidak". Mereka berani tinggalkan kerja yang tidak mendatangkan manfaat. Mereka berani reject projek tidak menguntungkan. Mereka yang berani focus pada growth sendiri.

Barangkali ada yang akan menuduh generasi muda ini terlalu individualistik. Namun, hakikatnya, mereka ini lebih realistik. Mereka faham bahawa dalam dunia semakin kompetitif, jika tidak menjaga diri sendiri, siapa lagi akan jaga?

Tapi jangan salah faham. Being selfish tidak bermakna kita menjadi robot yang tidak mempunyai perasaan. Kita still boleh membantu orang, tetapi perlu ada hadnya, perlu ada boundaries. Seperti peribahasa inggeris, "Don't set yourself on fire to keep others warm."

Dalam Islam terdapat hadis menyebut, "Mulakan dengan dirimu sendiri." Maksudnya, sebelum bersedekah atau memabntu orang lain, pastikan keperluan diri dan keluarga terdekat telah dipenuhi terlebih dahulu.

Begitu juga dalam Buddhism, terdapat konsep "self-care before caring for others." Dalam agama Hindu juga serupa, adanya konsep "dharma" atau tanggungjawab bermula dengan tanggungjawab pada diri sendiri dahulu

Oleh itu, apabila membincangkan soal selfish, sebenarnya ia lebih kepada self-awareness iaitu kesedaran tentang had kemampuan diri, keutamaan diri, serta perkara yag boleh atau tidak boleh dikompromi.

Jika kita rewind semula kisah hidup individu-individu yang telah berjaya -- tidak kira sama ada mereka seorang billionaire, seniman tersohor atau atlet, pasti ada satu peringkat dalam hidup mereka terpaksa mejadi sedikit 'selfish'. Pada waktu itu, orang mungkin akan bertanya "Apasal tak fikir family?" atau "Kenapa nak tinggal kerja yang stable?" Namun, setelah mereka mencapai kejayaan, barulah orang mula memahami bahawa langkah diambil itu sebenarnya memiliki tujuan mendalam.

Bill Gates semasa memulakan Microsoft, beliau meninggalkan Harvard. Ramai menganggapnya selfish dan tidak memikirkan masa depan. Jack Ma di tolak berpuluh kali sebelum berjaya. Jika beliau terlalu memikirkan perasaan mereka yang menolaknya, mustahil beliau mencapai kejayaan seperti sekarang.

Jadi, perlu diingatkan being selfish in a productive way tidak bermakna kita melupakan  nilai dan etika. Sebaliknya ia merupakan satu survival skill yang penting dalam dunia moden ni.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun