Mohon tunggu...
Afdhila Razak
Afdhila Razak Mohon Tunggu... Guru - Mahasiswa bidang pendidikan

Fokus penulis adalah menghasilkan kandungan yang bermaklumat dan memberi kesedaran kepada pembaca tentang topik-topik yang relevan dan penting.

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud Pilihan

Jadi Selfish Adalah Langkah Terbaik Untuk Maju

2 Januari 2025   21:44 Diperbarui: 2 Januari 2025   21:44 31
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Pepatah inggeris ada menyebut, "Nice guys finish last." Mungkin ada benarnya juga. Dalam dunia  semakin mencabar, kita sering melihat orang  terlampau baik selalunya ketinggalan, tercicir dalam arus pembangunan yang semakin deras.

Tetapi jangan salah faham. Ini bukan soal ingin menggalakkan sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan orang lain. Yang saya maksudkan di sini ialah kepentingan menjadi 'selfish' dalam konteks pembangunan diri. Dalam erti kata lain, mendahulukan keperluan sendiri sebelum membantu orang lain.

Situasi yang paling mudah difahami, ketika berada dalam kapal terbang dan mask oksigen diturunkan semasa kecemasan, apa arahan yang diberi? "Pasang mask anda sendiri dahulu sebelum membantu orang lain." Ada hikmahnya di sebalik arahan ini. Jika kita keletihan atau pengsan akibat kekurangan oksigen, bagaimana kita dapat membantu orang lain?

Sama seperti dalam kehidupan seharian. Ramai antara kita terlalu sibuk membantu orang sehingga lupa menjaga diri sendiri. Contohnya, sesetengah ibu bapa memberikan segala-galanya kepada anak-anak, sehingga tiada simpanan untuk hari tua. Begitu juga dengan kakitangan yang bekerja lebih masa hingga kesihatan merosot semata-mata untuk membantu syarikat mencapai KPI.

Profesor Adam Grant, dalam buku Give and Take, menyatakan bahawa kejayaan bergantung kepada keseimbangan. Ia tidak datang daripada sifat terlalu pemurah atau mementingkan diri. Sebaliknya, kejayaan adalah tentang kebijaksanaan membaca keadaan. Kita perlu tahu bila masanya membantu orang lain dan bila masanya fokus pada diri sendiri.

Perhatikan kejayaan entrepreneur yang berjaya. Elon Musk, Jeff Bezos, Mark Zuckerberg. Jika mereka tidak sedikit selfish atau tidak berani mengambil risiko untuk diri sendiri, mustahil mereka dapat membina syarikat yang mampu mengubah dunia.

Namun, ramai yang salah tafsir maksud sebenar selfish. Ia sering dianggap sebagai sikap negatif seperti tidak peduli atau melanggar hak orang lain. Sebenarnya, ia lebih kepada memastikan diri kita cukup bersedia sebelum dapat membantu orang lain dengan lebih baik.

Berbalik pada konteks Malaysia, kadang-kadang kita terlalu fokus untuk menjaga hati orang lain sehingga kita terlupa untuk menjaga kesejahteraan diri sendiri. Walaupun budaya menjaga hati orang lain adalah penting, dalam dunia yang penuh cabaran ini, kita juga perlu berani untuk mengubah cara berfikir.

Contoh mudah. Kita ada meeting dengan boss dan tidak bersetuju dengan idea dia. Tetapi, oleh disebabkan ingin menjaga hati, kita diamkan diri. Akhirnya, kita terpaksa kerja lebih masa disebabkan idea tersebut tidak efisien. Inilah yang dinamakan kita korbankan kesejahteraan diri sendiri. 

Contoh lain, seorang rakan menjalankan bisnes MLM dan mengajak kita untuk menyertainya. Namun, kita sudah mengetahui bahawa bisnes tersebut tidak menguntungkan, tetapi masih menyertainya kerana risau kawan berkecil hati jika kita menolaknya. Akhirnya, kita yang rugi duit dan masa.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun