Mungkin sudah tiba masanya kita evaluate semula priorities kita. Tanya diri sendiri, adakah berbaloi beratur 3 jam hanya untuk makanan yang habis dalam masa 15 minit? Worth ke kurangkan bajet barangan dapur bulanan semata-mata ingin mencuba semua kafe viral? Adakah bermakna jika dapat  banyak likes dekat sosial media tetapi akaun bank kosong?
At the end of the day, kita sendiri perlu tanggung akibat daripada pilihan yang dibuat. Beratur untuk makanan viral itu tidak salah, tetapi jika sampai mengorbankan keperluan asas seperti bil elektrik, itu memang sudah tidak wajar. There needs to be a balance between enjoying life and being responsible with money.
Mungkin pada masa akan datang, sebelum beratur panjang, fikirkan dahulu- sebenarnya perlu atau tidak? Atau sekadar ikut hype? Kadang-kadang, perkara terbaik dalam hidup tidak di viralkan . Masakan simple mak sendiri juga sedap. Nasi lemak tepi jalan yang sama rasanya dari dulu mungkin lebih sedap daripada yang nampak aesthetic. Yang penting, jangan sampai hujung bulan terpaksa makan Maggi kerana sudah menghabiskan duit untuk makanan viral pada awal bulan.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H