Mohon tunggu...
Afdhila Razak
Afdhila Razak Mohon Tunggu... Guru - Mahasiswa bidang pendidikan

Fokus penulis adalah menghasilkan kandungan yang bermaklumat dan memberi kesedaran kepada pembaca tentang topik-topik yang relevan dan penting.

Selanjutnya

Tutup

Lyfe Pilihan

Sanggup Beratur Panjang demi Makanan Viral, Tetapi Mengeluh Kenaikan Bil Elektrik

31 Desember 2024   22:33 Diperbarui: 31 Desember 2024   22:53 16
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Zaman sekarang hanya dengan scroll media sosial, kita boleh lihat orang beratur panjang depan kedai makanan yang sedang tular. Ada sanggup tunggu berjam-jam tidak kisah di bawah panas terik atau hujan renyai, janji dapat rasa makanan yang tengah trending. Namun, apabila pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini mengumumkan akan menaikkan taarif asas elektrik sebanyak 14.2 % kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam, rata-rata netizen di media sosial tidak bersetuju. Ada menyatakan "tak faham kami hidup susah", "dah la kos sara hidup makin tinggi, ni pulak tambah lagi beban rakyat", dan "rakyat marhaen macam mana nak survive ni?"

Namun, agak pelik apabila melihat di media sosial pengguna yang sama, masih memuat naik story dengan "cafe hopping" atau beratur panjang depan kedai donut viral. Dalam ruangan komen pula, ada yang berkongsi pengalaman menuggu selama 2 jam semata-mata untuk  mendapatkan burger limited edition berharga hampir RM30 seketul.

Memang benar, kenaikan tarif elektrik ini memberi kesan besar kepada rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40. Namun, ada baiknya jika kita meniilai semula corak perbelanjaan sendiri. Adakah wajar untuk mengeluh tentang kenaikan bil elektrik sebanyak RM20-30 sebulan, tetapi dalam masa yang sama sanggup beratur 3 jam untuk membeli set pastri berharga RM100?

Ramai yang berkata "duit saya, suka hati saya nak belanja". Ya, memang betul. Tapi sama seperti TNB terpaksa menaikkan tarif disebabkan kos operasi dan maintenance tinggi. Kedua-dua pilihan ini ada akibatnya. Cuma bezanya, kita boleh mengawal berapa banyak ingin dibelanjakan untuk makanan viral, tetapi bil elektrik adalah keperluan asas yang sukar dielakkan.

Trend makanan viral ini sudah seperti wabak. Setiap minggu pasti ada sesuatu yang baru, minggu ini jagung cheese tarik, minggu depan cromboloni, kemudian nachos loaded cheese. Influencer pula mempromosikan dengan bersungguh-sungguh, lengkap dengan kata-kata  seperti "must try", "worth every sen", "sedap gila korang kena try". Tapi, jarang sekali kita lihat influencer mempromosikan tips untuk menjimat elektrik atau cara mengurus kewangan dengan bijak.

Ramai berargumen, "sekali sekala je lah reward diri". Tetapi jika kita lihat corak perbelanjaan sekarang, "sekali sekala" itu sudah menjadi seperti setiap minggu. Ada yang merancang roadtrip ke negeri lain semata-mata untuk mencuba makanan viral. Kos minyak kereta, tol dan parking semua bertambah. Total expenditure? Boleh bayar bil elektrik 2-3 bulan.

Benar, kita tidak boleh salahkan sepenuhnya fenomena makanan viral ini. Pemilik restoren juga perlu mencari rezeki dan mempromosikan bisnes mereka. Influencer pula, sememangnya kerja mereka untuk review makanan. Yang menjadi masalah adalah apabila kita sebagai pengguna tidak pandai untuk menapis, dan tidak tahu membezakan antara apa yang benar-benar perlu dan apa yang hanya sekadar keinginan.

Oleh disebabkan itu, pendidikan kewangan sangat penting. Bukan sekadar tahu cara untuk mencari duit, tetapi juga bagaimana mengurusnya. Basic seperti 50/30/20 rule pun sudah memadai- 50% untuk keperluan asas, 30% untuk keinginan, 20% simpanan. Tapi ramai tidak mengamalkan peraturan mudah ini.

Paling menyedihkan bila kita lihat ada yang sanggup berhutang dengan along hanya untuk mengekalkan gaya hidup. Ada juga menggunakan kad kredit sampai had maksimum semata-mata mahu keep up dengan kawan-kawan. Akhirnya tertekan kerana tidak mampu membuat bayaran balik. Adakah semua ini berbaloi?

Berdasarkan statistik kebankrapan di Malaysia menunjukkan ramai muflis kerana gagal mengurus kewangan dengan baik dan disebabkan pinjaman peribadi. Golongan paling terkesan adalah mereka berumur 25-34 tahun dengan mencatatkan 6633 kes kebankrapan. Generasi yang sepatutnya berada dalam tahun-tahun kemuncak kejayaan, tetapi telah diisytiharkan bankrap akibat pilihan gaya hidup tidak sustainable.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Lyfe Selengkapnya
Lihat Lyfe Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun