Sememangnya sukar untuk ubah mindset yang sudah sebati. Tapi sekiranya kita tidak mula sekarang, bila lagi? Dunia telah menjadi global village, interaksi dengan orang  berbeza tidak dapat dielakkan lagi. Pilihan hanyalah sama ada kita akan terus hidup dalam konflik dan prejudis, atau kita harus belajar appreciate kepelbagaian.
Yang penting sekarang ialah kita perlu educate generasi muda supaya lebih open-minded. Ajar mereka perbezaan adalah normal, menghakimi itu sebenarnya tak healthy. Biar mereka membesar dalam environment yang menggalakkan critical thinking dan mutual respect, bukan dalam suasana toxic dengan prejudis dan stereotype.
Pada akhirnya, jika kita ingin menjadikan negara betul-betul maju, bukan sekadar ekonomi sahaja perlu develop, malah pemikiran dan sikap masyarakat juga harus sama-sama bergerak ke hadapan. Jika tidak, kita akan terus menjadi seperti "katak bawah tempurung" dalam dunia semakin kompleks ini.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H