Mohon tunggu...
Syed Kamil Syed Shahredza
Syed Kamil Syed Shahredza Mohon Tunggu... -

Satulah Malaysia, Indonesia, Brunei, Pattani, Narathiwat, Mindanao dan semua negara Islam di dunia ini menjadi sebuah gagasan negara Islam yang berdaulat, dipimpin oleh ulama dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

Rasa Sayang Eh, Siapakah Pemiliknya?

23 November 2010   04:25 Diperbarui: 26 Juni 2015   11:22 474
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada semua ahli Kompasiana! Topik yang saya utarakan telah menjadi salah satu punca perbalahan antara Malaysia dan Indonesia. Perlulah difahamkan bahawa lagu ini merupakkan lagu rakyat Nusantara yang telah menjadi budaya turun-temurun penduduk hampir di seluruh Nusantara. Saya sendiri, mengetahui lagu ini sejak kecil lagi. Malah, nenek sayapun mempelajarinya dari neneknya sendiri. Panjangnya turunan warisan lagu Rasa Sayang Eh ini menunjukkan bahawa lagu Rasa Sayang Eh sudah sebati dalam darah rakyat Malaysia (bukan sahaja kaum Melayu, bahkan kaum Cina dan India), terutamanya rakyat Semenanjung. Balik kembali kepada topik kita, siapakah pemiliknya? Melalui maklumat yang saya peroleh, lagu ini diciptakan masyarakat Melaka di Semenanjung Malaysia sekitar tahun 1400. Selepas kedatangan penjajah Portugis ke Melaka pada 1511 lagu ini popular dikalangan tentera Portugis dan sering dinyanyikan sebagai "marching anthem". Kedatangan Portugis ke Ambon, Indonesia pada 1522 menyaksikan lagu Rasa Sayang ini tersebar luas ke seluruh pelusuk Nusantara. Penjajah Portugis mengajarkan lagu Rasa Sayang ini sebagai "nursery rhymes" untuk anak-anak kecil di Ambon. Lagu ini mulai popular di aliran mainstream melalui filem-filem Melayu terbitan Cathay-Keris sekitar tahun 50an. "Rasa Sayang" pernah diambil sebagai judul sebuah filem Melayu yang dibintangi Wahid Satay dan Kasma Booty dan diterbitkan pada tahun 1959.

Lagu indah yang dinikmati warganegara Indonesia dan Singapura, juga rakyat Malaysia dan Brunei

Tadi merupakan maklumat yang saya peroleh tentang penciptaan lagu ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia, setahu saya tidak pernah menuntut bahawa lagu tersebut merupakan milik Malaysia. Kebaikan daripada tindakan ini, hubungan antara Malaysia dan Indonesia lebih terjaga.  Kerajaan Malaysia dalam semua iklan pelancongannya (wisatanya), hanya menyiarkan iklan kebudayaan yang terdapat di negara Malaysia. Kebetulan juga terdapat sebahagian budaya yang ada di Malaysia juga merupakan budaya warganegara Indonesia. Dalam kes ini, tidak salah untuk diamalkankan kedua-dua belah pihak, termasuklah oleh pihak Malaysia, asalkan tuntutan (claim) tidak dibuat atas budaya-budaya tersebut adalah milik Malaysia kerana mungkin sebahagiannya adalah berasal dari Indonesia.

Iklan Pelancongan Malaysia yang berkontroversi

Ingat, setiap berita dan khabar perpecahan yang berlaku antara kita didorong oleh satu bangsa yang terlaknat! Siapakah mereka? Anda jawablah sendiri. Ini jelas kelihatan apabila pihak Discovery Channel yang berpangkalan di Singapura membuat satu dokumentari berkenaan "Enigmatic Malaysia".  Dalam mempromosikan dokumentari tersebut, mereka dengan 'tidak sengajanya' memasukkan Tarian Pendet ke dalam iklan mereka. Sepatutnya, sebagai pemilik saluran media yang menyebarkan FAKTA, mereka, kononnya, malah keliru tentang Tarian Pendet ini! Sangatlah tidak logik!! Tambahan pula, iklam Enigmatic Malaysia bukanlah ciptaan Kerajaan Malaysia bagi mempromosi pelancongan di Malaysia, tetapi merupakan ciptaan Discovery Channel milik ZIONIS! Saya sendiri seorang rakyat biasa Malaysia tidak pernah mendengari ataupun mengetahui kewujudan Tarian Pendet atas muka bumi ini! Sepatutnya kita mesti bersatu menjadi sebuah negara dengan ideologi Islam, tetapi disebabkan kelalaian kita sendiri kita telah menerima ideologi yang salah, menyebabkan terpisahnya dua bangsa yang beragama Islam yang hebat, menjadi dua negara berasingan!

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun