Separuh akhir, 2nd leg hanya akan berlangsung lebih kurang 13 jam dari sekarang di Stadium Jalan Besar, Singapura. Di atas kertas dan secara teknik, Singapura lebih diunggulkan untuk memenangi perlawanan ini. Namun, oleh kerana keputusan di Manila berkesudahan seri tanpa gol bagi Singa dan Azkals, maka peluang Filipina juga cerah untuk mara ke perlawanan akhir untuk menentang samada Malaysia atau Thailand.
Keputusan menang akan menentukan secara status quo pasukan itu layak ke perlawanan akhir. Jika seri 0-0, akan dilanjutkan ke masa tambahan dan mungkin ada penalti. Jika seri 1-1,Filipina yang akan ke final kerana kelebihan 1 gol di tempat lawan walau secara agregat keputusan ialah 1-1. Justeru, Filipina sebenarnya mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding Singapura.
Singapura mengharapkan kemenangan manakala Filipina hanya mengharapkan seri dengan jaringan sekurang-kurangnya 1-1. Namun, Azkals perlu lebih kreatif di bahagian tengah dan harus bijak untuk menjadikan team mereka serasi.
Singapura pula akan berjuang habis-habisam apatah lagi ini peluang mereka untuk bangkit dan merebut Piala AFF buat kali ke-4 sebagai juara. Singapura juga mempertaruhkan kapten Singapura, Shahril Ishak untuk memenangi kasut emas memandangkan hanya Shahril dan Terasil Dangda dari Thailand yang berjaya menjaringkan lebih dari 3 gol sepanjang kejohanan dilangsungkan.
Prediksi anda bagaimana??
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H