Keputusan yang tidak terduga dari Stadium Jalan Besar, Singapura iaitu Thailand kalah 1-0 kepada Singapura dalam perlawanan akhir (1st leg) Piala AFF Suzuki.
Ini adalah kekalahan pertama Thailand untuk kejohanan kali ini. 3 kali menang di peringkat kumpulan, seri ketika melawan Malaysia di Stadium Bukit Jalil dan akhirnya menanh di tempat sendiri.
Thailand yang lebih diunggulkan untuk menjadi juara Piala AFF kali ini akhirnya akur kepada kehebatan Sang Singa. Pasti perlawanan akhir di Thailand akan menjadi menarik untuk ditonton oleh kerana Thailand memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya dengan kelebihan 1 agregat (2-0 di Thailand).
Manakala Singapura cukup sekadar mendapat keputusan seri 0-0 untuk menjulang Piala AFF buat kali ke-4.
Jujurnya, saya lebih mendukung Singapura. 8 dari 22 pemain Singapura dibarisi oleh kelab Lion XII yang menjadi Naib Juara Liga Malaysia. Ini silapnya Malaysia kerana tidak meletakkan pemain yang hebat dari pasukan Kelantan, lebih bersandar kepada kenangan menjadi juara Piala AFF 2010, maka dipilih pemain yang tidak lagi ada 'sengat' seperti Safee Sali & Safiq Rahim.
Thailand juga dilihat mampu untuk membenam Singapura oleh kerana laju dan pantas mereka berlari mendapatkan bola.
Secara non-teknikalnya, saya mendukung Singapura oleh kerana Singapura adalah tetangga serumpun dan seagama (pemain-pemain). Jika Malaysia di final, iya sudah semestinya secara 'status quo' akan mendukung pasukan negara sendiri. Namun, jika bukan Malaysia di final, maka saya lebih memilih pasukan serumpun iaitu Indonesia; Singapura atau Brunei.
Prediksi anda bagaimana? Dan, siapakah pasukan pilihan anda untuk menjadi juara Piala AFF 2012 ini? Thailand atau Singapura?
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H