Mohon tunggu...
Syafiqah Azman
Syafiqah Azman Mohon Tunggu... Mahasiswa - MALAYSIA

mahasiswa Uinsu Medan semester VIII

Selanjutnya

Tutup

Pendidikan

Artikel dan Cara Pelayanan di Maahad Tahfiz Pusat As-solihin pada Pandemi Covid-19

7 Juli 2021   13:45 Diperbarui: 7 Juli 2021   13:55 54
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Pendidikan. Sumber ilustrasi: PEXELS/McElspeth

Maahad Tahfiz adalah pusat pengajian untuk menghafal dan mengkaji Alquran. Maahad Tahfiz juga di kenali Persatuan Pendidikan Anak-Anak Yatim dan Miskin As-solihin Sabak Bernam Selangor Malaysia dan dinamakan sebagai Pusat As-solihin. Sekolah ini ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah berjaya memperolehi sijil pendaftaran pertubuhan. Sekolah ini juga mendidik anak-anak yatim dan golongan miskin untuk menghafal Alquran sebanyak 30 juz.

Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang ynag melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.

Sejarah pembelajaran Alquran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari Alquran kepada Nabi Muhammad saw. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah Baginda Nabi Muhammad saw. menerima Alquran dari Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan. 

Proses turunnya Alquran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan Rasulullah saw. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu metode atau manhaj di dalam menghafaz Alquran.

Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan dan kebaikan menghafaz Alquran mendorong ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan pengajian tahfiz Alquran di samping mata pelajaran agama dan akademik. Di samping sekolah-sekolah agama yang sedia ada, lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institusi Alquran didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap pengajian tahfiz Alquran. Para dermawan dan orang berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz Alquran yang ditubuhkan.

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia tepatnya tanggal 18 Maret 2020, Pusat tahfiz diarahkan untuk tutup dan tidak dibenarkan beroperasi. Bukan hanya Maahad Tahfiz Pusat As-solihin sahaja yang ditutup malah kesemua Pusat Tahfiz di Malaysia turut tidak dibenarkan untuk beroperasi sehinggalah pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) mengeluarkan pernyataan untuk membenarkan Pusat Tahfiz di Selangor beroperasi semula.

Pada tanggal 8 Maret 2021 yang lalu, Pusat Tahfiz As-solihin telah membuka pendaftaran santri karena telah mendapat kebenaran dari pihak JAIS dengan menjaga Standard Operational Procedure (SOP) semasa pandemic seperti penjarakan sosial, membekalkan hand sanitizer dan sebagainya.

Kini Maahad Tahfiz Pusat As-solihin telah beroperasi seperti biasa bagi kelangsungan pembelajaran santri sama ada dari sudut hafalan dan ilmu lainnya. 

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Konten Pendidikan Selengkapnya
Lihat Pendidikan Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun