Mohon tunggu...
Riawan Swandaru
Riawan Swandaru Mohon Tunggu... karyawan swasta -

Riawan Swandaru

Selanjutnya

Tutup

Nature

Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya

4 Oktober 2014   04:11 Diperbarui: 4 April 2017   18:15 13777
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Hobi. Sumber ilustrasi: FREEPIK/Rawpixel

Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek
moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada
generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar
supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-
kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan
bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga
yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus
globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam
sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset
pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap
kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian,
anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca
berlakunya alam sekitar dapat dibejat.
Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada
tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air
dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata
memberikan heterogen impak kepada manusia
sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus
dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu
sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul
ghalibnya akan menyekat aliran air lantas
menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi
menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan
minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem
organisma marin terganggu apabila disalurkan ke
sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air
memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan
manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium
penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga
denggi. Ironinya, semua golongan harus
mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam
sekitar.
Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti
golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana
asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini
menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana,
semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi
memberikan medan kepada kemajuan sektor
pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas
karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak
dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya
kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng
bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti
peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas
bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.
Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar
diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini
lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan
perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media
apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu
dengan bunyi bising yang terhasil daripada
pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit
dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang
dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran
pencemaran udara yang izhar . Oleh yang demikian,
pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan
pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran
tersebut terus menggugat keindahan alam sekitar, kita
haruslah memikirkan mangkin yang efektif agar
pidana ini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh
diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan
yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan
kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan
menahan tanah daripada runtuh sekiranya
penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara
progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang
masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak
diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini
bagi memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam
sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini
menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan
observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa
tempatanlah yang menjadi petualang dengan
menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan
pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam
sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita
menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit
untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita
hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus
dicemari, generasi akan datang akan kehausan
signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.

Mohon tunggu...

Lihat Konten Nature Selengkapnya
Lihat Nature Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun