Mohon tunggu...
Nazri Yahya
Nazri Yahya Mohon Tunggu... wiraswasta -

Sekadar berbagi idea. Warga Malaysia tapi sayang Indonesia.

Selanjutnya

Tutup

Catatan

Sapen, Neni dan Suyanah, Wanita Berjiwa Besi

12 Juni 2011   22:45 Diperbarui: 26 Juni 2015   04:34 319
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

[caption id="attachment_116183" align="alignleft" width="180" caption="Minggu pagi di Hong Kong (tak de kena mengena dengan cerita saya)"][/caption]

Saya selalu kagum dengan PRT yang bekerja di rumah saya. Dulu ada Sapen, ibu beranak dua asal Cilacap yang mengorbankan masa dan kerinduan kepada anak-anak dan suami dengan bekerja di rumah saya di Malaysia. Kemudian ada Neni asal Sukabumi yang telah bersuami dan beranak satu meninggalkan keluarga untuk kemari. Dan yang terakhir kini Suyanah ibu tunggal beranak dua, nenek sebetulnya kerana beliau telah mempunyai cucu dari anak perempuannya.

Kami sekeluarga sangat menghargai jasa-jasa pembantu kami. Anak- anak saya yang nombor satu dan nombor dua iaitu Badrulmunir dan Danial Hafiy masih ingat pengasuhnya, masih ingat nama danwajah Sapen. Sapen ini berasal dari Gandrung Mangu, Cilacap. Ibu ini berasal dari keluarga baik-baik. Waktu beliau mula-mula datang dulu pada tahun 2000, masih takut-takut dan dari wajahnya penuh kegusaran. Namun, sesampai di rumah kami bila ditunjukkan biliknya oleh istri saya, Mastura, wajahnya jadi tenang.

Badrulmunir anak kami yang sulung boleh dikatakan tidak boleh berrenggang darinya. Diumpamakan anak sendiri. Mungkin kerinduan kepada anak yang ditinggalkan di kampong dicurahkan kepada anak kami.

Bila anak kami yang kedua lahir, Danial Hafiy, beliaulah yang menjaganya dari umur satu hari hinggalah kurang lebih empat tahun. Danial Hafiy sangat rapat dengan Sapen. Ke mana-mana didukung dan dikendong dengan kain dipundaknya.

Di antara ketiga-tiga PRT yang pernah bekerja dengan saya, Suyanah yang paling pemalu. Kalau pulang ke kampong saya di Gemencheh, mereka juga dilayan dengan baik oleh adik-beradik saya. Keluarga saya adalah keluarga yang ramai dan rapat. Malah dianggap sebahagian dari keluarga.

Namun ketiga-tiga pembantu ini, tidak seorang pun pernah mahu makan semeja dengan kami sekeluarga walau pun diajak berkali-kali. Mereka selesa makan di dapur. Entahlah, mungkin mereka malu atau mungkin diajar begitu. Namun, kalau makan di luar ke Mc Donald, KFC atau Satrbuck atau mana-mana restoran kami makan bersama-sama. Tidak pernah disisihkan malah dilayan seperti keluarga sendiri. Tanya saja mana tempat yang tidak pernah dibawa berjalan dan makan, malah sehingga ke restoran berpusing di Menara KL pun sudah pernah dibawa dan makan sekali.

[caption id="attachment_116223" align="alignleft" width="150" caption="Suyanah dan Adriana"][/caption]

Ada satu cerita lucu. Suyanah yang saya katakan pemalu itu, pernah dimarahi oleh ayah saya. Ceritanya begini, suatu hari pada awal kedatangannya, kami membawa beliau pulang ke kampong saya. Saya sudah pesan dengan beliau kalau masa makan mesti menurut kata kepala keluarga iaitu ayah saya.

Bila masa makan tiba dia menyingkir tidak mahu makan bersama. Dalam hatinya mungkin mahu makan selepas kami semua makan. “Nanti”, katanya. Ayah saya memang garang. Segala katanya mesti diikut. Langsung dipanggil dengan garang dan disuruh duduk bersama seisi keluarga dan makan. Saya tersenyum sahaja kerana saya sudah maklum. Sejak hari itu dia tidak malu-malu lagi makan bersama kalau di kampong. Mungkin takut kena marah lagi. Tetapi bila di rumah saya, dia masih tidak mahu makan bersama. "Biarlah", kata hati saya. Dipaksa pun tak guna. Asal dia selesa.

Dalam ketiga-tiga PRT ini, Sapen adalah favourate ibu saya. Mungkin kerana beliau ramah dan banyak menolong mak saya masak. Mereka berdua serasi. Kalau mak saya datang bertandang ke rumah dan bermalam, mereka berdua akan berbual di bilik sampai larut malam. Bercerita hal-hal kampong, hal-hal family atau hal-hal yang peribadi. Dia satu-satunya yang pandai memasak ‘rendang Maman’ sejenis masakan khusus orang Gemencheh kampung saya. Sayur Maman ini susah memasaknya kerana ia pahit. Malah bila pulang ke kampong di Cilacap, Sapen membawa bibit Maman pulang untuk ditanam. “Tapi tak boleh hidup, mati semua”, katanya.

PRT saya yang paling tidak bernasib baik ialah Neni. Beliau ibu kepada seorang anak lelaki. Suaminya penganggur. Setiap bulan beliau akan titip wang ke kampung. Sehingga suatu hari saya pernah berpesan kepadanya supaya simpan sebahagian untuk dirinya kelak. “Buat belanja sekolah anak”, katanya sambil geleng-gelang kepala.

Hasilnya setelah bekerja kira-kira dua tahun tidak ada yang dapat disimpannya. Bila pulang, hanya wang bonus dua bulan yang saya beri kepadanya sahaja jadi bekal. Sesampai di kampung tiga hari kemudian saya mendapat panggilan darinya meminta bekerja semula. “Suami saya telah tinggalkan saya dan ada perempuan lain”, katanya. Sedih sekali. Itulah kali terakhir saya dengar berita beliau. Selepas itu tidak pernah lagi dengar berita. Khabarnya sudah bekerja lagi di Jakarta.

Dua hari yang lalu, saya lihat Suyanah murung. Bila isteri saya bertanya kepadanya dia diam. Rupa-rupanya dia sedih kerana teman karibnya, pembantu rumah selang dua rumah jiran kami, telah pulang. Itu kawan karibnya selama empat tahun di sini. Dia menyatakan hasrat mahu pulang. Rindu anak-anak katanya. Tapi saya tahu, hatinya sedih kawan karibnya telah pergi.

Suyanah ini ibarat ibu kedua kepada anak bongsu saya, Adriana. Sangat rapat. Saya kata kan kepadanya jika mahu pulang saya tidak halang walau kontrak masih ada tetapi mesti perlahan-lahan sebab jiwa Adriana nanti terganggu. Bergenang air matanya bila nama Adriana disebut-sebut. Di matanya Adriana adalah anaknya. Mungkin bila pulang nanti akan sangat dirindukannya. Tahun lepas semasa pulang bercuti ke Sumerang, dia yang selalu call minta bercakap dengan Adriana. “Rindu”, katanya. Tetapi beliau juga punya dua anak perempuan. Yang sulung sudah berumah tangga. Dan yang bongsu berusia 15 tahun dan itu yang paling dirindukannya barangkali. Mungkin kerinduan kepada anak sendiri tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya dia setuju untuk pulang pada penghujung tahun ini, agar ada masa untuk bersedia.

Hubungan anak kami dengan setiap pengasuh mereka sangat rapat. Malah Sapen walau telah pulang ke Gandrung Manggu, Cilacap tujuh tahun yang lalu, anak-anak saya terutama Badrulmunir dan Danial Hafiy masih ingat dan sayang dengan Sapen.

[caption id="attachment_116184" align="alignleft" width="180" caption="Sapen dan adiknya (juga pernah bekerja di KL)"][/caption]

November 2010 yang lalu, saya berkunjung ke rumahnya di Cilacap. Dari Bandung ke Cilacap memakan masa hampir 6 jam. Anak-anak saya mengirimkan hadiah dan kad ucapan. Mengalir air matanya bila mendengar rakaman video ucapan dari anak-anak saya. Ada yang wish macam-macam, dan ada lagu yang dinyanyikan bersama-sama untuk Sapen. “Sudah besar semua”, katanya sambil mengusap air mata gembira. “Saya belajar bahasa Inggeris dari Badrulmunir”, katanya kepada Danny, kawan Indonesia yang turut menemani saya. Saya tersenyum sahaja kerana semasa kecil Badrulmunir hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tidak difahaminya. Jadi terpaksalah Sapen belajar bahasa Inggeris serba sedikit.

[caption id="attachment_116187" align="alignleft" width="182" caption="Sapen dan suaminya"][/caption] Kesemua wanita ini saya kagumi. Sanggup berjauhan dengan orang tersayang dan bekerja menanggung keluarga di sana. Saya pernah tinggal bersendirian bertahun-tahun di luar negara di Amerika Syarikat dan Canada jadi saya boleh memahami bagaimana rasa kerinduan kepada keluarga. Kadang-kadang rasa rindu itu tidak terbendung. Tapi kesemua wanita ini cukup tabah. Kebanyakan mereka jarang tinggal solat. Walaupun ada di antara mereka tidak berapa pandai membaca alquran tetapi istiqamah mengerjakan solat.

Saya sudah berpesan kepada anak-anak sayasupaya kalau nanti ada rezeki dan umur panjang pergilah melawat pengasuh-pengasuh mereka jika mereka dewasa kelak. Semoga mereka masih ingat Sapen, Neni dan Suyanah bila dewasa kelak.

Mohon tunggu...

Lihat Catatan Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun