Mohon tunggu...
Nazri Yahya
Nazri Yahya Mohon Tunggu... wiraswasta -

Sekadar berbagi idea. Warga Malaysia tapi sayang Indonesia.

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

PRT Indonesia dizalimi sedari mula

14 Juni 2011   14:43 Diperbarui: 26 Juni 2015   04:31 345
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Sosbud. Sumber ilustrasi: KOMPAS.com/Pesona Indonesia

[caption id="attachment_116614" align="alignleft" width="341" caption="Dianduk dari pak Google"][/caption]

PRT ke Malaysia ialah satu persoalan yang sensitive. Ia sangat sensitive sehingga ada kompasiana Malaysia yang berkempen untuk “No-Maid-2-Malaysia”. Sentimen ini dikongsi oleh ramai rakyat Indonesia malah juga didokong oleh orang Indonesia yang berdomisil di Malaysia sendiri.

Sentimen tidak mahu PRT dihantar ke manca negara terutama Malaysia menjadi selogan. Tapi hakikatnya, TKI dan PRT Indonesia terus terusan bertebar ke luar negeri. Tak terhalang walau pun stigma tetap negetif.

Isunya ialah penderaan.

Namun soalnya, jika PRT ke Malaysia dihentikan, apakah segala penderaan PRT di manca negara akan selesai? Pasti tidak. Pasti juga PRT illegal di Malaysia juga akan banyak.

Malah kalau kita melihat statistik penderaan TKI manca negara pada 2010, kes-kes penderaan di Malaysia hanya menduduki tempat ke lima di belakang Arab Saudi 22,035 (TKI 960,000) disusuili Taiwan 4,497 (TKI 130,000), Uni Emirat Arab 3,866 (TKI 75,000) , Singapura 2,937 (TKI 100,000) dan Malaysia? 2,000,000 juta TKI dan kasus? Cuma 2,476. Tapi setiap kali ada kes di Malaysia pasti bikin gegar seentero Indonesia? Entah, maybe they expect more of Malaysia. Which, for me is a good thing.

Bukan nomor yang dibahas tapi ada kes nya, bukan begitu? Saya sejalan. Sepatutnya nil, kan? Kes penderaan TKI terbanyak ialah sektor PRT. Persoalan PRT Indonesia di Malaysia adalah satu persoalan yang selalu mengundang perang. Sebut PRT di Malaysia pasti yang terbayang ialah betapa kejamnya majikan Malaysia. Wajah-wajah luka, patah, kurus dan tubuh kaku menjadi ikon yang berstigma buruk.

Sikap kejam sebahagian majikan di Malaysia juga patut dipersalahkan kerana ia tidak menolong membaiki citra Malaysia. Setiap musim dan bulan pasti ada sahaja kes-kes yang terbongkar. Saya sebagai rakyat Malaysia, begitu kesal setiap terjadinya kes-kes ini. Bila terbit berita penderaan di dada akhbar, hati saya akan berdebar-debar dan berdoa supaya kali ini tidak berat. Berdoa supaya semuanya selamat,. Namun, kes-kes penderaan tetap terjadi walaupun pelaku dipenjara dan dihukum gantung. Something must be wrong somewhere.

Tapi kali ini saya cuba untuk mengalihkan perhatian kepada stuktur pengambilan PRT. Struktur pengambilan dan proses pemilihan ke Malaysia memang tidak adil bagi PRT. PRT diperah sejak dari mula berhasrat. Soalnya kenapa mesti ada agen bagi PRT? Tidak bolehkah PRT di 'sponsor' terus oleh majikan dari Malaysia tanpa melalui ‘middle-man’ ini?

Biasanya majikan Malaysia terpaksa membayar kurang lebih RM7,000 untuk kos pengambilan seorang PRT. Bayaran ini mesti dibayar kepada agen Malaysia terlebih dahulu. Tidak termasuk levi dan yuran visa kepada pemerintah. Kalau termasuk levy dan visa dimasukkan maka total akan menjadi RM8,500 kurang lebih. Bayaran ini dibahagi dua di antara agen Indonesia dan Malaysia. Dan bayaran ini dipotong dari gaji PRT.

Jelas-jelas pembayaran ‘up-front’ yang tidak adil. Jika gaji sebulan RM600, bermakna PRT terpaksa membayar enam bulan gaji untuk komisyen agen di Indonesia dan enam bulan gaji mereka untuk pembayaran komisyen agen di Malaysia. Bukankah ini menindas PRT? Jika kontrak dua tahun, tabungan hanya tinggal setahun. Setahun bekerja percuma untuk yuran agen. Baik kah ini?

Yang kaya dan untung besar ialah calo-calo/agen di kedua-dua negara. PRT terus menjadi mangsa sedari mula melangkah kaki ke luar negara. Umum mengetahui para PRT biasanya terdiri dari gadis-gadis dan ibu-ibu yang kurang berpendidikan, yang nekad ke Malaysia untuk mencari nafkah menyara keluarga di kampong. Memperbaiki ekonomi keluarga. Bukan mereka sahaja berkorban, malah ahli keluarga pun terpaksa juga berkorban. Anak-anak di kampong ketandusan kasih sayang ibu, suami-suami ditinggalkan demi sebuah janji kehidupan yang lebih baik.

Jika yang untung bukan PRT, malah agen di kedua negara, apa maknanya jadi PRT? Seolah-olah semua pengorbanan itu sia-sia sahaja. Bukan kah tujuan awal untuk memperbaiki taraf hidup mereka? Ini umpama diibaratkan mereka bekerja memperkayakan orang lain bukan diri mereka sendiri.

[caption id="attachment_116542" align="alignleft" width="150" caption="MOU Bandung: Selesai?"][/caption]

Yang menjadi hairan, kebingungan dua negara 'bingung' bernama Malaysia-Indonesia. Adalah tidak mungkin kedua-dua negara tidak sedar dan ‘tidak mengetahui’ hal ini. Dalam perjanjian MOU terbaru di Bandung, issue ‘orang tengah’ ini tidak ditangani dengan berkesan.

Dari pengumuman yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia, S Subramaniam, agen perlu mengurangkan kos yuran kepada RM4,500. Benarkah ini? Mahukah agen-agen akan patuh? Sepatutnya dalam MOU tersebut isu kos orang tengah ini perlu ditangani dengan mengikat dengan jelas berapa yuran yang dikenakan.

Buatlah yuran semurah-murahnya. Bila yuran murah, PRT akan dapat menabung dengan lebih banyak. Pasti PRT untung. Majikan juga tidak perlu keluar wang banyak. Kedua-dua untung.

Malaysia dan Indonesia terlepas peluang untuk menghapuskan praktis orang tengah yang membebankan PRT dan majikan. Sepatutnya kedua-dua negara menggunakan peluang ini untuk menekan agen dengan menetapkan struktur yuran murah. MOU itu terlalu ‘open’ berkaitan kos pengambilan PRT. Banyak ruang boleh diexploitasikan.

Pada pendapat saya, lebih baik buat sistem ‘free-and-easy’. Sesiapa pun boleh mengambil PRT asal ada sponsor dari Malaysia. Mengapa mesti ada agen di Indonesia yang untung keterlaluan sampai RM3,600? Dan RM3,600 lagi untuk agen Malaysia?

Adakah agen-agen ini menguntungkan orang-orang tertentu di kedua-dua belah negara? Agen-agen ini diberi lesen oleh pemerintah Indonesia dan Malaysia. Saya percaya lesen dikeluarkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan di kedua-dua negara. Sama saja Indonesia dan Malaysia, cari untung atas rakyat miskin.

Banyak pihak terutama majikan di Malaysia yang mempersoalkan mengapa Malaysia banyak mengalah dalam banyak hal. Contohnya banyak sungutan majikan tidak boleh menyimpan passport PRT. Alasan mereka ialah banyak PRT lari. Kabur. Memang hal ini satu fenomena berat yang memang banyak terjadi. Lari dari rumah majikan sebaik sahaja ada peluang. Terutama yang datang bukan untuk bekerja malah ada kawan, suami, teman, kenalan yang mengajak ke tujuan lain. Wang dah banyak keluar, PRT kabur! Pasti berang. Namun, dalam hal ini, mana-mana orang atau sesiapa pun tidak boleh menyimpan passport orang lain, itu hak asasi yang termaktub di bawah UN Convention.

Kalau kabur, sepatutnya agensi penguatkuasa Malaysia seperti polis dan immigrasi yang mesti pro-aktif untuk mencari dan menahan mereka kerana mencerobohi kontrak. Tetapi bukan dengan cara mengambil dan menyimpan passport PRT. Alhamdulillah, MOU Bandung, setakat ini berjaya dalam hal cuti dan passport. Tahniah. Satu langkah ke hadapan.

Penguatkuasaan yang ketat harus dilaksanakan kepada yang illegal, dan yang penting majikan yang mengajikan illegal. Mana-mana majikan yang mengambil illegal sebagai pekerja, perlu didakwa di mahkamah dan dihukum. Begitu juga dengan PRT yang lari. Kedua-dua perlu seiring, baru fenomena kabur ini berhenti.

Malaysia mahu jadi negara maju? Boleh mimpi kalau hal-hal PRT pun tak boleh ditangani dan disoroti dengan sewajarnya. Kita perlu kembali kepada hak-hak asasi sebagai manusia dan rakyat yang taat. Begitu juga tamu yang datang perlu menghormati undang-undang berdaulat di negara yang ditumpangi. Lihat Hongkong. Tidak kedengaran PRT illegal. Ada, tapi very insignificant. Tidak seperti di Malaysia yang merebak macam penyakit.

Jika Malaysia mahu maju, maka sikap pun perlu seperti negara maju. Kalau tidak, negara maju hanya tinggal omong-omong kosong.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Konten Sosbud Selengkapnya
Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun