Mohon tunggu...
Nazri Yahya
Nazri Yahya Mohon Tunggu... wiraswasta -

Sekadar berbagi idea. Warga Malaysia tapi sayang Indonesia.

Selanjutnya

Tutup

Politik

Malaysia: Five Power Defence Agreement (FPDA)

4 September 2010   14:50 Diperbarui: 26 Juni 2015   13:27 2000
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Politik. Sumber ilustrasi: FREEPIK/Freepik

Sebagai melanjutkan perbahasan konflik dan berbagi informasi dan pendapat maka saya kemukakan semula tulisan saya berkaitan FPDA yang saya tulis di bawah tajuk Malaysia-Indonesia-Singapura Bersatu. Secara peribadi saya bersetuju  FPDA ini dibubarkan hanya jika beberapa syarat dipenuhi, nah silakan baca. Pada mulanya digelar perjanjian AMD kemudian jadi perjanjian FPDA ini telah menjadi garis penting mematahkan penentangan Komunis. Pada 1957 di Singapura, terdapat tentera udara dari British, Australia dan New Zeland (ANZUK) dan juga terdapat satu lagi base di Butterworth, Pulau Pinang. Pertahanan FPDA ini juga ada di Sarawak, Sabah dan Brunai. Konfrantasi pencetus FPDA Tetapi, President Sukarno menentang idea penubuhan Persekutuan Malaysia yang memasukkan baki wilayah pentadbiran British iaitu Sarawak, Brunei, Sabah dan Singapura. Kuasa ketumpukan ANZUK telah diletakkan di negeri-negeri ini sebagai kuasa penstabil kepada wilayah-wilayah yang dicadangkan duduk dibawah Persekutuan Malaysia. Dari satu segi pandangan, penempatan ketumbukan tentera kuasa FPDA ini adalah untuk menstabilkan wilayah-wilayah baki pentadbiran British dan secara lansung menghalang huru-hara apabila British keluar. Tetapi dari satu sisi lagi Sukarno mendakwa Malaysia menjadi negeri neo-colonial. Kemarahannya sehingga mengancam untuk menyerang dengan slogan ‘ganyang Malaysia’. Di pihak Malaysia pula, rakyat jadi kehairanan mengapa kewujudan wilayah Persekutuan Malaysia menjadi hal yang sangat iri bagi Sokarno kerana sebelumnya wilayah-wilayah ini tidak pernah berada di bawah pentadbiran Belanda atau di bawah Indonesia. Oleh sebab itu, salah satu andaian punca kemarahan Sukarno ini dipercayai mungkin kerana rasa curiga Malaysia akan menjadi negara neo-kolonialist (yang terbukti akhirnya tidak benar – pendapat penulis) atau pengaruh komunis di bawah Sukarno yang masih kuat di Indonesia. Akhirnya sejarah menulis, FPDA ini menjadi eliment penting mematahkan dan melenyapkan serangan tentera TNI ke wilayah-wilayah baru ini yang cukup terkenal dengan nama ‘konfrantasi’ di kawasan-kawasan seperti Johor, Singapura dan Sarawak.

Pesawat perang Australia melintas

FPDA, Indonesia dan Malaysia bersatu? Adalah menjadi isu yang penting sekarang ini untuk melihat kembali FPDA. Dengan hilangnya konfrantasi 1963 dan kembalinya keakraban Malaysia-Indonesia pada zaman-zaman sebelum ini maka persoalan kepentingan perjanjian ini semakin kritikal. Namun, kembalinya slogan ganyang Malaysia oleh suara-suara dari Indonesia maka rakyat Malaysia memandang bahwa FPDA menjadi penting dan relevan kembali. Ia bukan hanya merosakan sentiment kebersamaan malah menghilangkan keyakinan bahwa negara Indonesia tidak pernah lansung berpotensi menyerang Malaysia. Ia membuktikan bahwa ancaman diserang, ada dan sentiasa wujud. Pada pandangan penulis, jika ada jaminan tiada ancaman, FPDA patut dihapuskan dan yang paling baik ialah mengadakan satu perjanjian baru pertahanan Malaysia-Indonesia atau mungkin dimasukkan Singapura atau ASEAN barangkali. Adalah menjadi peluang yang sangat baik untuk dua negara kuasa ini iaitu Malaysia-Indonesia saling mengokohkan kekuatan bersama dan bukan bercakaran. Tetapi satu syarat penting yang mesti dipenuhi ialah tiada kecurigaan dari Malaysia atau Singapura bahwa Indonesia bukan ancaman seperti Sukarno lakukan pada tahun 1963. Pada tahun 1990, bekas menteri luar Indonesia iaitu Mochtar Kusuma-atmadja pernah mencadangkan FPDA dimansuhkan dan digantikan dengan kerjasama Indonesia-Malaysia –Singapura. Beliau mencadangkan perjanjian baru ini dan menegaskan bahawa kewujudan FPDA walaupun telah wujud sebelum penubuhan ASIAN, perlu dimansuhkan. Beliau mengutarakan perlunya kuasa tiga negara ini Indonesia-Malaysia-Singapura menjadi tonggak kepada kekuatan ASIAN dan Australia boleh menjadi negara yang menyertai dangan status ‘friendly neighbour’. Idea ini adalah sangat baik dan satu permulaan yang bagus. Kesimpulan - Gunakan peluang ini, Indonesia!

Bersatu

Dalam ASIAN, Indonesia adalah negara yang paling besar saiz wilayah dan penduduknya dan secara natural paling layak memimpin ASIAN. Namun semua itu tidak akan menjadikan Indonesia sebagai ketua jika tidak dimanuver secara betul. Bisa tidak dipandang tetangga walaupun teriak-teriak. Akan tetapi jika Indonesia memandu jalan citra internasional negaranya dengan betul, kenaikkan kuasa Indonesia ini dapat dilihat sebagai penstabil kepada rantau ASIAN bukan sebagai ancaman kepada jiran-jiran. Baharulah Indonesia boleh memimpin dengan betul rantau ASIAN tanpa curiga dari negara-negara jiran terdekat. Indonesia perlu menjadi pemayung dan bukan pengancam kepada sekeliling baharulah Indonesia berpotensi berkuasa super di rantau South East Asia. Akan tetapi jika rakyat Indonesia (saya percaya segelintir kecil seperti kumpulan Bendera) sentiasa bernyanyi ‘Ganyang’ setiap kali isu kecil dengan Malaysia atau Singapura timbul maka terlepaslah peluang besar ini kerana potensi ‘ancaman’ sentiasa wujud.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Konten Politik Selengkapnya
Lihat Politik Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun