Mohon tunggu...
Nazri Yahya
Nazri Yahya Mohon Tunggu... wiraswasta -

Sekadar berbagi idea. Warga Malaysia tapi sayang Indonesia.

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

Anak-anak illegal TKI di Malaysia terbiar?

13 September 2011   14:32 Diperbarui: 26 Juni 2015   01:59 544
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

[caption id="attachment_134791" align="alignleft" width="283" caption="Anak-anak tak berdosa apa-apa (diambil dari google)"][/caption] Khabar bahwa terdapat 62,000 orang anak-anak belasan tahun yang mendaftar dalam program 6P kerajaan Malaysia tidak menghairankan saya. Saya telah utarakan dan meramal masalah ini sejak tiga tahun yang lalu malah telah memposting satu artikel di Kompasiana khusus memperihatinkan hal ini pada 5hb November 2009.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato Hishamuddin yang mendakwa bahawa 62,000 anak-anak illegal ini adalah mangsa ‘human trafficking syndicates’ atau menjadi mangsa penyeludupan kanak-kanak adalah ignorance dan membuta tuli. Mungkin ada trafficking tetapi malah sangat kecil. Adalah mustahil anak-anak yang sebegini ramai memasuki negara ini secara beramai-ramai dengan tiada pengenalan diri.

Dari sumber berita juga mengatakan dari 62,156 orang yang mendaftar di dapati 40,500 orang berumur di bawah 12 tahun dan 21,656 berumur di antara 13-18 tahun. Pihak immegrastion Malaysia yakin bahawa kesemua ini adalah anak-anak pekerja asing atau anak-anak yang berada di bawah jagaan pekerja asing. Pernyataan pihak immegrasion Malaysia lebih tepat dari Menteri Dalam Negeri malah mengambarkan masalah sebenar di lapangan.

Sehingga 31hb Ogos yang lalu, program pendaftaran pendatang dan pemutihan semua pendatang, diberitakan terdapat 2,320,034 berdafar. Kesemua meraka ini adalah pendatang yang rata-rata telah tinggal di Malaysia lebih dari dua tahun. Terdapat 1,016,908 pekarja legal dari berbagai negara and 1,303,126 illegals juga dari pelbagai negara.

Dari mana datangnya anak-anak ini?

Adakah anak-anak TKI? Memang, tidak menghairankan jika anak-anak ini memang majority anak-anak TKI/TKW. Kerana TKI berdatangan dengan ramai pasangan atau berpasang-pasangan dengan TKW Indonesia. Malah adalah lumrah, yang melahirkan anak dari pasangan pendatang adalah majoriti warga wanita Indonesia. Kerana kalau pendatang dari Bangledesh, Vietnam atau Nepal, hampir 100% lelaki.

Adalah dipercayai terdapat kurang lebih 3 juta TKI di Malaysia. Separuh legal dan separuh lagi illegal. Ini terbukti bila dari 2.3 juta yang berdaftar, hampir 1.3 juta adalah TKI. Ramai lagi yang tidak berdaftar terutama di Sabah dan Sarawak. Ini ditegaskan oleh pihak immegrasion Malaysia. Ini tidak termasuk illegal yang takut dan menolak untuk berdaftar, pembantu rumah tangga (PRT) dan pelarian yang terdapat ramai di Sabah dan Sarawak. Namun, kesemua dua golongan yang terakhir tidak wajib berdaftar.

Apa akan jadi dengan anak-anak ini? Saya sangat percaya belia-belia ini akan terus dibelenggu masalah pada hari kedepan. Dengan status kelahiran yang samar-samar pasti akan menyusahkan mereka. Kita panggil 'stateless childs'. Anak-anak yang tidak punya negeri, lahir di Malaysia tetapi bukan orang warga Malaysia. Malah yang akan menjadi masalah ialah mereka ini tidak mendapat pendidikan formal di Malaysia. Tidak bersekolah di sekolah dasar dan menengah. Kedepan hidup mereka pasti akan suram dan penuh dengan kesukaran.

Mahu pulang ke tanah asal ibubapa? Jauh panggang dari api. Mungkin seumur hidup mereka yang mereka kenal ialah Kuala Lumpur bukan Jakarta.

Yang nyata walaupun majoriti ibubapa anak-anak ini bukan warganegara, namun anak-anak ini lahir di Malaysia. Selayaknya mereka berhak untuk jadi warganegara. Selayaknya mereka mendapat pendidikan sekolah. Kerajaan Malaysia berhak untuk menggunakan undang-undang negara yang memperuntukkan Akta Pendidikan yang mana "mana-mana ibubapa yang mempnyai anak-anak tetapi tidak dihantar ke sekolah, ibubapa boleh didakwa dan dipenjarakan".

Hanya pemerintah Malaysia yang akan dapat menyelesaikan masalah ini, sebab anak-anak ini punya hak di bumi bertuah bernama Malaysia.  Hak pendidikan dan hak masa depan. Kita lihat apa akan jadi nanti.

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun