Hidup ini memang penuh dengan liku-liku, sebab itulah kita perlu memiliki ketahanan mental yang kuat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Kadang-kala ujian yang datang boleh melemahkan semangat atau timbulnya rasa putus asa dalam diri. Kata orang tua 'hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah.
Berikut tanda kamu memiliki mental yang kuat,yaitu :
1. Bertanggungjawab
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak duduk termenung mengenang nasib yang menimpa dirinya. Tidak minta dikasihi walau seteruk mana pun ujian yang hadir. Mereka mengambil langkah bertanggungjawab terhadap perbuatan yang telah mereka lakukan dan sentiasa memahami yang hidup ini tidaklah mudah.
2. Mereka tidak dikawal
Orang yang memiliki sifat ini tidak membenarkan sesiapa sahaja mengawal diri mereka. Mereka tidak mengizinkan orang lain berkuasa di atas hidup mereka dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka tidak akan menyalahkan orang lain. Mereka boleh memberi respon dalam pelbagai keadaan dengan cara yang bijak. Mereka inilah orang yang 'berani buat berani tanggung.'
3. Boleh mengawal emosi
Antara paling ketara yang dapat dilihat adalah orang seperti boleh mengawal emosi mereka. Contohnya bila berhadapan dengan situasi yang teruk seperti kehilangan dompet. Selalunya mereka tidak akan mengeluh dan cuba fokus kepada apa yang patut dilakukan.
Menyedari sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan dan terus melakukan tindakan. Menurut pendapat mereka, tiada satu masalah pun yang tidak dapat diselesaikan. Katanya ' bukan mati pun.'
4. Tidak ikut orang lain
Hanya kerana ramai orang lakukan sesuatu perkara, ini tidak bermakna mereka juga turut perlu melakukan perkara yang sama. Pemikiran mereka tidak mudah dipengaruh. Dan mereka juga sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.
5. Tidak peduli perasaan orang lain
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak menghiraukan tanggapan orang lain, mereka sedar bahawa tidak perlu menyenangkan semua orang. Mereka tidak takut untuk berkata tidak atau berkata benar jika diperlukan.
Prinsip mereka adalah berusaha untuk menjadi baik dan berlaku adil kepada semua orang, dalam masa yang sama boleh menangani sifat marah orang terhadap dirinya.
6. Tidak takut mengambil risiko
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak mengambil risiko sebarangan, tetapi mereka juga tidak takut untuk mengambil risiko. Mereka menghabiskan masa untuk menilai sesuatu risiko sebelum membuat keputusan yang besar.
7. Tidak mengenang masa lalu
Orang seperti ini tidak akan dimakan oleh kesilapannya di masa yang lalu. Mereka tidak membuang masa dengan memikirkan kesilapan yang lalu atau apa sahaja perkara buruk yang pernah dilaluinya.