pada tahun 1982 : Photo google [caption id="attachment_150974" align="aligncenter" width="320" caption="Menentang Boca Juniors (Boca menang 2-1) 1982 :Photo google"][/caption]
Layak ke Olimpik Munich Jerman 1972 :Photo google
Tergerak hati saya untuk berkongsi artikel ringkas ini bila terpandang photo di atas "Mokhtar dan Diego Maradonna" ketika nyari-nyari maklumat tentang dunia sepakbola.
Mokhtar Dahari....
Rakyat Malaysia sudah maklum siapa itu Mokhtar Dahari, nanum ada juga teman-teman kompasianer Indonesia masih mengingatinya di era 70 an.
Mokhtar Dahari lebih terkenal dengan jolokan "SuperMokh", beliau diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia. Diperingkat antrabangsa SuperMokh mewakili skuad kebangsaan Malaysia telah menyumbat 125 gol dalam 167 caps antarabangsa.
Sering Diingati..
Pada tahun 1975 “SuperMokh” membenam kelab tersohor England Arsenal FC dengan jaringan 2-0 (kedua-dua gol dijaringkan oleh SuperMokh) dan selepas perlawanan, beliau dikhabarkan bakal dipinang oleh "The Gunners".
Tahun 1978, SuperMokh menjaringkan 1 gol ketika menentang Skuad England B dibawah kendalian Bobby Robson satu pasukan yang dinilai RM1.3 Juta waktu itu yang berakhir keputusan skor 1-1.
(Anda boleh membaca sejarah dan melihat aksi beliau di Youtube..)
Kehilangan permata sepakbola......
Ketika berumur 37 tahun, SuperMokh pergi buat selamanya akibat menderita penyakit “Muscular Dystropy”.
Sudah tiada lagi jeritan dan pekikan peminat melaung namanya di tengah padang, Mokhtar Dahari tiada galang gantinya aksinya diingati dan disebut-sebut hingga kini.
Beliau begitu istimewa, kegigihan, semangat dan bakat yang luar biasa yang tiada pada orang lain.
"SuperMokh" inspirasi perjuangan sepakbola Malaysia..
Sekadar berbagiinfo ringkas dari Malaysia...
Rujukan : Majalah Sepak Bola Online
Follow Instagram @kompasianacom juga Tiktok @kompasiana biar nggak ketinggalan event seru komunitas dan tips dapat cuan dari Kompasiana
Baca juga cerita inspiratif langsung dari smartphone kamu dengan bergabung di WhatsApp Channel Kompasiana di SINI