Mohon tunggu...
mistis files
mistis files Mohon Tunggu... -

2 Negara, 1 Bangsa

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

DKP Indonesia, Nelayan Malaysia: Siapa Benar dan Siapa Salah?

18 Agustus 2010   23:14 Diperbarui: 26 Juni 2015   13:54 614
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

Hubungan Indonesia dan Malaysia kembali tegang apabila terjadinya kes penangkapan Nelayan dari malaysia dan penahanan anggota DKP dari Indonesia. Kedua-dua pihak tidak mahu beralah dan masing-masing mengatakan mereka di pihak benar. Setelah membaca berita dari Media indonesia, disini saya ada sedikit kemusykilan. Di harap ada yang sudi memberi pencerahan.. ^_^

  1. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menjaga wilayah perairan Indonesia? anggota DKP atau TNI AL.
  2. Diberitakan ketika ditemui anggota DKP Indonesia tidak mempunyai sebarang senjata.(kurang pasti sama ada mereka tidak dibekalkan atau tidak membawanya). Persolannya, bagaimanakah anggota DKP itu hendak menjaga wilayah perairan Indonesia tanpa mepunyai senjata? Bagaimana sekiranya mereka bertemu dengan kapal-kapal lanun (yg mmg byk di situ), para penyeludup (bahan larangan/narkoba/senjata), ataupun mungkin juga kapal-kapal teroris/militan. Para Nelayan ikan juga ramai yang mempunyai senjata sendiri(sekiranya bertemu lanun), inikan pula anggota penguatkuasa yang sedang menjaga wilayah perairan Negara?!
  3. Pihak Indonesia mengatakan mereka menangkap Nelayan Malaysia di wilayah mereka. Persolanannya, Kenapa anggota DKP Indonesia melarikan diri ketika Pasukan Gerakan Marin(PGM) Malaysia menghampiri mereka? mungkin ada yang mengatakan PGM Malaysia mempunyai senjata dan DKP tidak, Bagaimana jika didalam situasi berbeza yang ditangkap itu adalah kapal laun, Apabila rakan lanun tiba dengan membawa senjata adakah anggota DKP akan melarikan diri juga?!
  4. Rakan Nelayan Malaysia yang sempat melarikan diri menghubungi Unit Peronda PGM dan memberitahu yang rakan mereka ditahan. Persoalannya, Logik-kah apabila seorang "Pencuri" yang sedang melakukan "Jenayah mencuri" akan memberitahu Anggota penguatkuasa yang rakan mereka ditahan? PGM Malaysia sudah semestinya tidak akan sesekali melindungi pencuri.
  5. Apakah yang dilakukan oleh anggota DKP didalam kapal nelayan Malaysia?
  6. Jika betul PGM Malaysia melanggar perbatasan Indonesia, Kenapa mereka di tidak menghubungi pihak berkuasa Indonesia atau mungkin juga menghubungi TNI AL, tetapi mereka terus melarikan diri?
  7. Kenapa anggota DKP yang berada dikapal patroli Dolphin 5, Begitu tergesa-gesa melarikan diri sehingga sanggup meninggalkan rakan mereka yang berada didalam kapal nelayan Malaysia?
  8. Pihak Indonesia mengatakan PGM Malaysia telah "menawan" anggota DKP mereka, Sedangkan ketika ditemui anggota DKP Indonesia telah pun berada didalam kapal nelayan Malaysia. dan Rakan dikapal Patroli mereka juga sudah melarikan diri. Persoalannya, bagaimana PGM Malaysia hendak "memulangkan" anggota DKP tersebut? adakah dengan mencampakkan mereka ke laut dan menyuruh mereka berenang ke Indonesia? Oleh kerana rakan mereka telah melarikan diri, PGM Malaysia terpaksa membawa anggota DKP itu pulang sekali bersama para nelayan.
  9. Kenapa anggota DKP Indonesia tidak mendedahkan lokasi GPS  mereka semasa kejadian itu terjadi.

Sebenarnya banyak lagi persoalan saya apabila membaca berita ini di Internet. Tetapi rasanya cukuplah setakat 9 saja... heheheh! Diharapkan ada rakan-rakan kompasiana sudi menjawab persoalan saya ini. :)))

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun