elegi rindu
di halaman rumahku,
masih tersisa bekas kakimu.
menari-nari sambil memanggil-manggil rindu
dan mengetuk-ngetuk pintu.
Â
terduakan
kenangan yang berdiri di belakangmu itu
begitu tampan,
sehingga aku merasa terduakan.
boleh kuajak ia berkenalan?
sebelum kutikam dan kukuburkan
di pekarangan dendam?
Â
elegi puisi
jam memejamkan menit satu persatu.
detik berjatuhan
di selangkangan nafas puisi patah hati.
yang tersengal-sengal akibat cinta bunuh diri.
Â
montage
di taman,
bunga-bunga saling beradu.
kupu-kupu asyik bercumbu.
di dada,
rindu menggebu-gebu.
nafas menghalimbubu.