Mohon tunggu...
luwies 90
luwies 90 Mohon Tunggu... -

aku yakin dengan diriku sendiri

Selanjutnya

Tutup

Filsafat

Media Massa dan Citra Islam

18 Desember 2012   13:54 Diperbarui: 24 Juni 2015   19:25 271
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Filsafat. Sumber ilustrasi: PEXELS/Wirestock

DALAM Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina. Kerana itu ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.

Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.”

Oleh itu, pada era globalisasi seperti sekarang, media massa menjadi salah satu alat terpenting bagi umat Islam untuk menyebarkan ajaran Islam yang berpaksikan landasan yang benar. Media massa menurut kamus bahasa Indonesia, didefinisikan sebagai sarana dan saluran resmi sebagai alat komunikasi untuk meneyebarkan berita dan pesan kepada masyarakat luas.

Media massa amat penting sebagai usaha untuk menegakkan syiar Islam dan memberi gambaran yang terbaik mengenai ajaran Islam sebenar. Terdapat tiga jenis media massa yang digunakan zaman ini, iaitu media elektronik, media cetak dan media dalam talian. Media massa seperti makalah, rencana, berita, jurnal dan lain-lain inilah yang berhasil mengembangkan ajaran Islam dewasa ini.

Namun tidak kurang juga golongan-golongan yang tertentu yang seringkali memanipulasikan kebenaran sesuatu perkara dan ajaran dalam Islam lalu memberi impak dan perspektif yang negatif kepada agama Islam yang amat berlawanan sekali dengan citra agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, pihak barat seringkali menggambarkan bahawa Islam itu agama yang dianuti oleh pengganas dan ajarannya berunsurkan kepada keganasan.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam sepatutnya menunjukkan peribadi Islam seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Qudwah Hasanah untuk umat Islam seluruhnya agar tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ajaran Islam terutamanya melalui media massa yang begitu berkembang pesat pada zaman ini.

Citra Islam itu adalah suci dan luhur. Namun penganut Islam itulah yang menjadi pemboleh ubahnya. Kebanyakan orang atau kelompok akan mengadili sesuatu perkara adalah berlandaskan pandangan mata semata-mata lalu menidakkan perkara yang rasional. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menjaga imej dan identiti agama Islam disamping menyumbangkan tenaga dalam media massa bagi memartabatkan agama Islam yang tercinta di persada dunia.


Mohon tunggu...

Lihat Konten Filsafat Selengkapnya
Lihat Filsafat Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun