Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada semua ahli Kompasiana! Topik yang saya utarakan telah menjadi salah satu punca perbalahan antara Malaysia dan Indonesia. Perlulah difahamkan bahawa lagu ini merupakkan lagu rakyat Nusantara yang telah menjadi budaya turun-temurun penduduk hampir di seluruh Nusantara. Saya sendiri, mengetahui lagu ini sejak kecil lagi. Malah, nenek sayapun mempelajarinya dari neneknya sendiri. Panjangnya turunan warisan lagu Rasa Sayang Eh ini menunjukkan bahawa lagu Rasa Sayang Eh sudah sebati dalam darah rakyat Malaysia (bukan sahaja kaum Melayu, bahkan kaum Cina dan India), terutamanya rakyat Semenanjung.
Balik kembali kepada topik kita, siapakah pemiliknya? Melalui maklumat yang saya peroleh, lagu ini diciptakan masyarakat Melaka di Semenanjung Malaysia sekitar tahun 1400. Selepas kedatangan penjajah Portugis ke Melaka pada 1511 lagu ini popular dikalangan tentera Portugis dan sering dinyanyikan sebagai "marching anthem". Kedatangan Portugis ke Ambon, Indonesia pada 1522 menyaksikan lagu Rasa Sayang ini tersebar luas ke seluruh pelusuk Nusantara. Penjajah Portugis mengajarkan lagu Rasa Sayang ini sebagai "nursery rhymes" untuk anak-anak kecil di Ambon. Lagu ini mulai popular di aliran mainstream melalui filem-filem Melayu terbitan Cathay-Keris sekitar tahun 50an. "Rasa Sayang" pernah diambil sebagai judul sebuah filem Melayu yang dibintangi Wahid Satay dan Kasma Booty dan diterbitkan pada tahun 1959.
KEMBALI KE ARTIKEL