Kepuasan adalah sesuatu perkara yang ingin dicapai oleh setiap orang. Terutamanya, kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Menurut Tepeli Temiz & Comert (2018), kepuasan hidup merupakan penilaian kognitif terhadap perkara yang difikir untuk menjadikan sesuatu yang dianggap konsisten dan dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial. Di samping itu, kepuasan hidup merupakan perkara utama yang menyebabkan seseorang itu mencuba pelbagai perkara untuk mendapatkannya. Kepuasan hidup bukan sahaja akan memberikan kebahagiaan kepada seseorang itu, malah akan memberi impak positif kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup seseorang itu. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada kepuasan hidup seseorang. Antaranya, personaliti, keyakinan diri, umur, pandangan terhadap kehidupan, peristiwa hidup atau pengalaman, nilai serta kepercayaan, pekerjaan dan yang paling utama ialah keluarga. Keluarga selalu dikaitkan dengan ibu, bapa, dan anak-anak.Gaya Ikatan (Attachment)Ikatan (attachment) adalah sesuatu ikatan emosi yang mendalam dan berkekalan antara seorang individu dengan individu yang lain melalui masa dan ruang (Ainsworth dan Bowlby, 2005). Terdapat beberapa teori yang menyokong kajian ini. Antaranya ialah Teori Attachment. Kajian tentang ikatan ini adalah hasil gabungan daripada kajian yang dilakukan oleh John Bowlby dan dikembangkan lagi oleh Ainsworth (1964). Menurut Bowlby, gaya ikatan (attachment) terbahagi kepada dua, iaitu ikatan yang selamat, dan ikatan yang tidak selamat. Ikatan yang tidak selamat pula terbahagi kepada tiga, iaitu ikatan yang dielakkan, ikatan yang dibimbangkan, dan ikatan yang tidak terurus. Penilaian ini adalah diukur berdasarkan instrument yang dibangunkan oleh Armsden, Greenberg (1987) dan Vivona (2000) yang dinamakan Inventory Parent and Peer Ikatan (IPPA) (Guarnieri et al., 2010). Instrument ini mengukur dengan memecahkan kepada tiga bahagian iaitu ikatan dengan ibu, ikatan dengan ayah dan ikatan dengan rakan. Pengukuran ini mengukur daripada tiga dimensi iaitu dari segi kepercayaan, komunikasi, dan pengasingan.126 Anis Khadijah, Nor Akmar & Irmawati / Jurnal Kemanusiaan 18: 2 (2020), 123--135Selain itu, teori lain yang menyokong gaya ikatan ini adalah teori erik-erikson. Erikson merupakan pengasas kepada teori pembangunan psikososial Erik-Erikson (1958). Beliau mengatakan bahawa personaliti seseorang terbentuk bergantung kepada lapan peringkat pembangunan psikososial bermula daripada bayi sehingga dewasa (Mcleod, 2017) Erikson telah menemukan teori pembangunan psikososial dan telah membahagikan pembangunan psikososial seseorang manusia kepada lapan peringkat. Peringkat kelima ialah indentiti lawan kepada keraguan peranan yang berlaku ketika umur 12-18 tahun. Peringkat ini ialah remaja akan menghadapi tugasan yang akan menbentuk rasa selfcontinuity (Dunkel & Sefcek, 2009). Remaja sedang menghadapi kekeliruan dalam mencari dan membentuk identiti dirinya sendiri. Oleh sebab itu, pada peringkat ini pentingnya kepada gaya ikatan yang akan membimbing kepada pencarian yang betul. Terdapat kajian lepas yang menyokong kepada kajian ini iaitu Pathology (2008) telah menjalan kajian untuk mengenal pasti pengaruh ikatan (attachment) ibu bapa dan rakan-rakan terhadap kepuasan hidup di awal remaja. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan diantara ikatan (parent attachment) dan kepuasan hidup seseorang itu. Seterusnya, Shahyad, Besharat, Asadi, ShirAlipour, dan Miri (2011) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti hubungan antara ikatan dan penerimaan sokongan sosial dengan kepuasan hidup terhadap 293 pelajar kolej. Dapatan kajian mendapati bahawa ikatan dan penerimaan sokongan mempunyai kesan secara langsung keatas kepuasan hidup dan mendapat keputusan signifikan yang positif. Di samping itu, Yildiz, (2016) telah menjalankan kajian untuk mengkaji hubungan diantara kepunyaan umum (general belongingness), kepuasan hidup, ikatan (attachment) dengan ibu bapa dan rakan-rakan, dan kesunyiaan terhadap 218 pelajar sekolah menengah. Dapatan kajian mendapati bahawa ikatan ibu bapa dan rakan rakan dengan kepunyaan umum dan kepuasan hidup didapati mempunyai hubungan signifikan.Kepuasan HidupDiener, (2009) menyatakan bahawa kepuasan hidup ialah penilaian kognitif seseorang individu terhadap kualiti kehidupan secara sepenuhnya atau terhadap perkara yang spesifik. Terdapat teori yang menyokong kajian ini. Antaranya ialah Teori Hierarki Maslow yang diasaskan oleh Abraham Maslow (1943). Maslow menggelarkan teori ini sebagai 'piramid hierarki keperluan' dan dipamerkan dalam lima peringkat berbentuk pyramid mengikut susunan yang tertentu (Gawel, 1997). Peringkat tersebut adalah bermula daripada keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan kendiri, dan kesempurnaan kendiri. Teori ini adalah berasaskan kepada keperluan seseorang individu itu. Keperluan ini akan mendorong seseorang itu untuk mencapai kepuasan hidup. Teori lain yang menyokong kajian ini ialah Teori Mc Clelland Human Motivation. Teori ini adalah diasaskan oleh David Mc Clelland pada tahun 1961 dalam bukunya "the achieving society" yang mengatakan bahawa teori keperluan ini mengatakan bahawa seorang manusia itu memerlukan tiga pemacu asas iaitu pencapaian, gabungan, dan kuasa. Keperluannya ialah keperluan kepada pencapaian, keperluan kepada kuasa, dan keperluan kepada gabungan (affiliation) iaitu keinginan untuk rapat, berkawan dan mempunyai hubungan dengan individu yang lain. Kesemua keperluan ini adalah untuk mendapatkan kepuasan hidup dalam diri seseorang. Secara asasnya, ketiga-ketiga keperluan ini diperlukan bagi memastikan seseorang itu mencapai kepuasan hidup yang diperlukan.
KEMBALI KE ARTIKEL