Mohon tunggu...
KOMENTAR
Lyfe

Mengenali Diri Sendiri Seperti Kita Mengenali Rasulullah

18 Mei 2023   17:00 Diperbarui: 18 Mei 2023   17:13 90 2

Siapa sahaja yang tidak mengenali Rasulullah? Seorang tokoh yang telah berjuang untuk mengangkat nama Islam di mata dunia. Beliau merupakan seorang utusan dari Allah untuk menyebarkan syariat Islam. Tanpa perjuangan Rasulullah, Islam mungkin tidak akan dikenali bahkan tidak wujud pada masa kini.

Seperti yang kita sudah maklum bahawa Rasulullah merupakan sosok yang sungguh dikenali seantero dunia, saking terkenalnya Rasulullah itu sehinggakan seluruh dunia mengiktirafnya sebagai No 1 Greatest Man in the world. Oleh kerana keperibadian dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah SAW, sehingga kini agama Islam wujud dan semakin berkembang pengikutnya.

Rasulullah itu terkenal dengan Sifat yang mulia iaitu Sifat Siddiq, Siddiq bermaksud berkata yang benar atau bersikap jujur. Selain itu ialah Sifat Amanah yang bermaksud terpecaya dan tidak pernah mengingkari sesuatu. Persoalannya sekarang, bagaimana kita ingin mengenali diri sendiri sebagaimana kita telah mengenali diri Rasulullah? dan bagaimana kita bisa menerapkan sifat sifat Rasulullah ini agar kita bisa mewujudkan versi terbaik diri kita?

Sifat Siddiq

Rasulullah itu amat terkenal dengan sifat siddiq yang merupakan kunci kepada keberhasilan diri sendiri dan mewujudkan aura positif dalam diri kita. Sifat siddiq yang berarti benar atau sering berkata jujur ini seharusnya ada dalam diri kita kerana dengan adanya sifat jujur dalam diri, sudah tentu kita bisa mencapai sesuatu tujuan yang pada akhirnya akan memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita. Sudah umum diketahui kejujuran itu bukan sahaja dari percakapan seharian kita, bahkan perbuatan kita harus ada nilai kejujurannya. Jika kita ingin orang lain bersifat jujur terhadap kita, mulakan dan terapkan sifat jujur ini dalam diri kita terlebih dahulu dan seterusnya perlakukanlah orang sekeliling kita dengan sifat jujur ini. Contoh sederhana yang kita harus terapkan ialah bersikap jujur pada diri sendiri. Bagaimana kita ingin bisa bersikap jujur pada orang lain jika diri kita sendiri sudah terbiasa dengan ketidakjujuran. Jangan kita biasakan menipu diri kita sendiri kerana pada pangkal akhirnya kita sendiri yang akan rugi. 

Sifat Amanah 

Sifat dari Rasulullah ini pada masa sekarang agak sukar untuk didapati dalam diri manusia. Hal ini kerana nilai amanah itu sendiri sangat mahal dan tidak semua bisa menerapkannya. Amanah bukan sahaja diperlukan dalam sebuah badan organisasi mahupun persatuan, bahkan ia sangat diperlukan dalam diri kita manusia kerana kita lah yang menjadi akar wujudnya nilai amanah ini yang seterusnya bisa tersebar luas dan menunjang dalam diri seseorang manusia itu sendiri. Bayangkan jika kita bisa menerapkan nilai amanah ini dalam diri kita dan seterusnya orang sekeliling kita mencontohi nilai amanah yang kita terapkan, sudah tentu sifat amanah ini menjadi suatu sifat yang mudah tersebar kerana masing masing manusia ingin menjadi versi dirinya yang terbaik dan bisa dicontohi oleh orang ramai. Ingatlah bahawa amanah itu letaknya dalam diri seseorang manusia itu sendiri, dan diri sendiri mempunyai tanggungjawab untuk memegang sesuatu amanah atau tidak.

Kesimpulannya ,Kita kenal akan keperibadian Rasulullah dan bagaimana hebatnya baginda, tetapi mengapa kita tidak mengenali diri kita sendiri adakah kita sudah menepati keperibadian baginda. Berbalik kepada diri kita sendiri bagaimana bisa kita tidak mengenali diri sendiri sedangkan kita sebenarnya mampu menjadi yang terbaik dan menjadi contoh yang terbaik kepada orang sekeliling kita. Janganlah takut untuk berkembang dan menjadi yang terbaik kerana sesuatu kejayaan tidak akan hadir tanpa adanya perubahan dari diri sendiri. Contohilah keperibadian Rasulullah dalam kita mencari letaknya nilai kita dimata orang lain agar kita bisa mewujudkan versi terbaik diri kita.

KEMBALI KE ARTIKEL


LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun