Suatu saat selepas sholat Isya' aku terlelap mungkin 10 atau 20 menit. Aku sengaja melambatkan diri bergerak karena tak mahu berasak-asak keluar dari tempat sholat bersama jamaah lainnya yang kadang-kadang sampai terlangkah orang-orang yang masih menunaikan sholat sunat selepas Isya' di laluan keluar masuk jamaah masjidil Haram.
Ketika aku tersedar ada seorang wanita Tionghoa bercakap denganku, sayang sepatah katapun aku tak faham. Mukany nampak risau, dia tak membawa apapun juga dan tidak memakai sebarang tanda pengenalan diri. Aku salami dia dan ketika aku bangkit dia ikut bangkit mengikutiku. Aku susuri laluan menuju keluar pintu masjid, dia makin kencang memegang erat tanganku. Ketika itu aku masih dalam keadaan letih, mengantuk, dan lapar (tak haus karena tempat-tempat air zam-zam tersedia di mana-mana). Sesampai di luar masjid dia memegangi tasku, aku minta balik dia tak beri, aku fikir dia tak mahu melepaskan tasku supaya aku tak meninggalkan dia.
Ketika di menatap gambar jamaah yang sedang bertawaf di layar video di luar masjid dia menunjuk dan berkata-kata tapi aku masih tak faham, kemudian baru terfikir agaknya dia mengajakku untuk bertawaf supaya dapat berjumpa dengan kawann-kawannya. Sayang aku tak mampu memenuhi kehendaknya karena aku sangat letih lapar dan mengantuk, aku perlu istirahat secepat-cepatnya.
Hotel penginapanku berjarak 400m dari halaman masjidil Haram, tetapi kalau tersalah jalur boleh tersesat ke mana-mana. Malam itu aku tersesat termasuk lorong di bawah hotel Safwa Tower, alhamdulillah akhirnya dapat keluar ke jalan yang biasa kulalui. Dalam perjalanan beberapa kali dia berkata-kata, sayang aku masih tak memhami sepatah katanya.ih
Akhirnya kami berdua sampai di depan pintu hotel, penjaga pintu melarang kami berdua untuk masuk karena menyangka kami bukan penghuni hotel itu. Aku tunjukkan tanda pengenal barulah penjaga itu membenarkan kami berdua masuk. Sepanjang perjalannanku aku hanya berfikir orang ini perlukan pertolongan tetapi aku tak faham, tapi tak mungkin penghuni hotel yang beratus itu tak ada yang boleh memahaminya. Aku bawa dia ke ruang makan, aku ambilkan dia sepiring nasi dengan ayam goreng serta secangkir milo panas. Dia menolak rupanya dia hanya mahu nasi putih, dan air putih saja.
Aku umumkan kepada kawan-kawan yang sedang makan untuk sesiapa yang mahu menolong dia seterusnya karena aku tak memhaminya. Kawan-kawan mula bercakap dengannya, ada yang menggunakan bahasa Kantonis, Hokkian dan Mandarin tetapi dia bercakap dengan bahasa Tionghoa yang kami tak ada yang faham. Kawan kami tanya namanya, nomer kontaknya, hotel penginapannya tap tak dapat jawapan yang membuat kami faham.
Akhirnya dua orang kawanku memutuskan untuk membawa di ke masjidil Haram lagi dan sepanjang perjalanan mereka membaca surah al-Insyirah. Ketika kawan sekamarku telah kembali dia cerita wanita Tionghoa tersebut sudah dapat berjumpa dengan orang Tionghoa lain yang dapa berkomunikasi dengannya. Hari berikutnya ada kawan yang beritahuku bahwa wanita Tionghoa itu bersama suami dan sepasang suami isteri lainnya, maknanya mereka itu berempat.
Kesimpulannya pertolongan yang diperlukan wanita Tionghoa saat aku tolong ya hanya nasi putih dan air putih sekadar untuk memberinya kekuatan untuk dapat menemukan kumpulannya (mungkin dia seorang vegetarian), dan dapat jumpa kumpulannya. Waktu itu pertolongan yang hanya mampu aku lakukan hanya membawa dia ke hotelku dan seterusnya minta pertolongan kawan-kawan lain untuk melanjutkan menolong dia seterusnya.