Mohon tunggu...
KOMENTAR
Catatan

Sapen, Neni dan Suyanah, Wanita Berjiwa Besi

12 Juni 2011   22:45 Diperbarui: 26 Juni 2015   04:34 319 3
[caption id="attachment_116183" align="alignleft" width="180" caption="Minggu pagi di Hong Kong (tak de kena mengena dengan cerita saya)"][/caption]

Saya selalu kagum dengan PRT yang bekerja di rumah saya. Dulu ada Sapen, ibu beranak dua asal Cilacap yang mengorbankan masa dan kerinduan kepada anak-anak dan suami dengan bekerja di rumah saya di Malaysia. Kemudian ada Neni asal Sukabumi yang telah bersuami dan beranak satu meninggalkan keluarga untuk kemari. Dan yang terakhir kini Suyanah ibu tunggal beranak dua, nenek sebetulnya kerana beliau telah mempunyai cucu dari anak perempuannya.

Kami sekeluarga sangat menghargai jasa-jasa pembantu kami. Anak- anak saya yang nombor satu dan nombor dua iaitu Badrulmunir dan Danial Hafiy masih ingat pengasuhnya, masih ingat nama danwajah Sapen. Sapen ini berasal dari Gandrung Mangu, Cilacap. Ibu ini berasal dari keluarga baik-baik. Waktu beliau mula-mula datang dulu pada tahun 2000, masih takut-takut dan dari wajahnya penuh kegusaran. Namun, sesampai di rumah kami bila ditunjukkan biliknya oleh istri saya, Mastura, wajahnya jadi tenang.

Badrulmunir anak kami yang sulung boleh dikatakan tidak boleh berrenggang darinya. Diumpamakan anak sendiri. Mungkin kerinduan kepada anak yang ditinggalkan di kampong dicurahkan kepada anak kami.

Bila anak kami yang kedua lahir, Danial Hafiy, beliaulah yang menjaganya dari umur satu hari hinggalah kurang lebih empat tahun. Danial Hafiy sangat rapat dengan Sapen. Ke mana-mana didukung dan dikendong dengan kain dipundaknya.

Di antara ketiga-tiga PRT yang pernah bekerja dengan saya, Suyanah yang paling pemalu. Kalau pulang ke kampong saya di Gemencheh, mereka juga dilayan dengan baik oleh adik-beradik saya. Keluarga saya adalah keluarga yang ramai dan rapat. Malah dianggap sebahagian dari keluarga.

Namun ketiga-tiga pembantu ini, tidak seorang pun pernah mahu makan semeja dengan kami sekeluarga walau pun diajak berkali-kali. Mereka selesa makan di dapur. Entahlah, mungkin mereka malu atau mungkin diajar begitu. Namun, kalau makan di luar ke Mc Donald, KFC atau Satrbuck atau mana-mana restoran kami makan bersama-sama. Tidak pernah disisihkan malah dilayan seperti keluarga sendiri. Tanya saja mana tempat yang tidak pernah dibawa berjalan dan makan, malah sehingga ke restoran berpusing di Menara KL pun sudah pernah dibawa dan makan sekali.

KEMBALI KE ARTIKEL


LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun