Sebagai melanjutkan perbahasan konflik dan berbagi informasi dan pendapat maka saya kemukakan semula tulisan saya berkaitan FPDA yang saya tulis di bawah tajuk Malaysia-Indonesia-Singapura Bersatu. Secara peribadi saya bersetuju FPDA ini dibubarkan hanya jika beberapa syarat dipenuhi, nah silakan baca.
Pada mulanya digelar perjanjian AMD kemudian jadi perjanjian FPDA ini telah menjadi garis penting mematahkan penentangan Komunis. Pada 1957 di Singapura, terdapat tentera udara dari British, Australia dan New Zeland (ANZUK) dan juga terdapat satu lagi base di Butterworth, Pulau Pinang. Pertahanan FPDA ini juga ada di Sarawak, Sabah dan Brunai. Konfrantasi pencetus FPDA Tetapi, President Sukarno menentang idea penubuhan Persekutuan Malaysia yang memasukkan baki wilayah pentadbiran British iaitu Sarawak, Brunei, Sabah dan Singapura. Kuasa ketumpukan ANZUK telah diletakkan di negeri-negeri ini sebagai kuasa penstabil kepada wilayah-wilayah yang dicadangkan duduk dibawah Persekutuan Malaysia. Dari satu segi pandangan, penempatan ketumbukan tentera kuasa FPDA ini adalah untuk menstabilkan wilayah-wilayah baki pentadbiran British dan secara lansung menghalang huru-hara apabila British keluar. Tetapi dari satu sisi lagi Sukarno mendakwa Malaysia menjadi negeri neo-colonial. Kemarahannya sehingga mengancam untuk menyerang dengan slogan ‘ganyang Malaysia’. Di pihak Malaysia pula, rakyat jadi kehairanan mengapa kewujudan wilayah Persekutuan Malaysia menjadi hal yang sangat iri bagi Sokarno kerana sebelumnya wilayah-wilayah ini tidak pernah berada di bawah pentadbiran Belanda atau di bawah Indonesia. Oleh sebab itu, salah satu andaian punca kemarahan Sukarno ini dipercayai mungkin kerana rasa curiga Malaysia akan menjadi negara neo-kolonialist (yang terbukti akhirnya tidak benar – pendapat penulis) atau pengaruh komunis di bawah Sukarno yang masih kuat di Indonesia. Akhirnya sejarah menulis, FPDA ini menjadi eliment penting mematahkan dan melenyapkan serangan tentera TNI ke wilayah-wilayah baru ini yang cukup terkenal dengan nama ‘konfrantasi’ di kawasan-kawasan seperti Johor, Singapura dan Sarawak. Pesawat perang Australia melintas
KEMBALI KE ARTIKEL